“Kempen ini dilihat mampu menanam semangat saling bantu-membantu dalam ekonomi umat Islam serta usaha memperkenalkan pengguna kepada produk dan perkhidmatan milik usahawan muslim.

“Kempen ini juga mengalakkan orang Islam membayar zakat perniagaan dan mempromosi konsep membeli sambil beramal untuk mendapat keberkatan,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian kempen itu di sini hari ini.

Terdahulu kempen itu dirasmikan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Hashim Salleh.

Yang turut hadir Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahya.