Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
‘GENG KARTEL ADA HUBUNGI, SAYA TIDAK LAYAN’ – BERITA HARIAN – 31/12/2020
04 Jan 2021

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa rangkaian syarikat kartel daging pernah menghubungi pihaknya dipercayai mahu membincangkan pendedahan dibuat mereka berkaitan isu terbabit.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata beliau bagaimanapun tidak melayan permintaan syarikat kartel itu bagi mengelakkan timbul lebih banyak masalah.

“Geng kartel ada menghubungi kita tetapi saya tidak layan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Namun ketika ditanya sama ada syarikat kartel terbabit mengajak untuk berunding, Nadzim tidak mengesahkan sama ada tindakan berkenaan adalah untuk ‘menutup mulut’ atau menyogoknya.

Dalam pada itu, Nadzim mendakwa ada kartel yang juga sengaja memainkan isu bahawa Malaysia tidak sesuai menjadi hab penternakan lembu.

Selain itu, beliau memaklumkan, ada syarikat pengedar dihadapkan ke mahkamah pada 1981 atas pertuduhan menyeludup bekalan ekor kanggaru yang dilabel sebagai halal, sebelum didapati bersalah pada 1984.

Namun berdasarkan maklumat diterima pihaknya, beliau berkata, pengimportan bahagian ekor kanggaru dipercayai masih berlaku hingga kini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, bercakap pada sidang media, hari ini. – Foto BERNAMA

Artikel oleh: Berita Harian

‘GENG KARTEL ADA HUBUNGI, SAYA TIDAK LAYAN’

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/770738/geng-kartel-ada-hubungi-saya-tidak-layan