Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
GESA WUJUD PUSAT SALUR MAKLUMAT – HARIAN METRO – 18/06/2019
18 Jun 2019

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu kerajaan menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan pusat saluran maklumat bagi membolehkan rakyat menyertai kempen banteras judi haram.

Cadangan itu bagi membolehkan data dan butiran mereka yang terbabit dalam industri terbabit dikumpul serta diselidik bagi mengenal pasti individu yang disyaki termasuk konco mereka.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menyokong penuh komitmen Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam membanteras jenayah perjudian.

Nadzim berkata, PPIM sudah lama menyuarakan kebimbangan terhadap penularan masalah sosial itu dan amat bersetuju dengan pendapat Abdul Hamid.

“Semangat dan dedikasi Abdul Hamid dalam menentang gejala sosial (judi) itu amat dipuji.

“Kami berasa amat bangga apabila akhirnya seorang Ketua Polis Negara memahami impak dan kesan masalah judi ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Katanya, PPIM yang sinonim dengan aktiviti membanteras penindasan oleh along menyifatkan gejala dan tabiat judi akan menghancurkan masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum, agama serta bangsa.

“Kami menyokong 100 peratus usaha Ketua Polis Negara yang mahu membanteras aktiviti perjudian dan bersetuju bahawa judi adalah punca segala masalah.

“PPIM juga bersedia berkongsi maklumat serta bekerjasama dengan polis dalam usaha membanteras judi serta jenayah lain di negara ini,” katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

GESA WUJUD PUSAT SALUR MAKLUMAT