Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
GULA-GULA NAFSU BERACUN – HARIAN METRO – 8/4/19
08 Apr 2019

Metro (gula-gula nafsu beracun ) 8.4.19

Kuala Lumpur: Menjadi “pujaan’ dan buruan lelaki tempatan walaupun rata-rata mereka tidak -berdepan masalah kesihatan mati pucuk atau Erectile dysfuntion (ED).

Kebanyakan lelaki ini sebaliknya berdepan masalah psikologi iaitu hilang keyakinan diri ketika di ranjang menyebabkan mereka mengambil pelbagai pil rangsangan seks haram dijual pasaran.

Malah rata-rata mereka ini mudah tergoda dengan ayat-ayat pengiklanan digunakan sindiket kononnya pil diambil boleh mengekalkan nafsu sehingga lima hari serta membesarkan saiz zakar.

Timbalan Pengarah Cawangan Farmasi Forensik, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Mazlan Ismail berkata, isu penjualan produk rangsangan seks haram berlarutan sekian lama walaupun operasi kerap dilakukan pihak KKM.

“Wujudnya permintaan berterusan menyebabkan pil atau gula-gula seks ini terus berlegar di pasaran. Malah pelbagai jenama dikesan wujud.

“Jika dahulu sindiket kerap mencampurkan kimia rangsangan seks seperti taladafil atau sidenafil ke dalam peket kopi campuran namun kini mereka lebih menumpukan pil atau gula-gulaseks,” katanya.

Menurutnya, kewujudan makmal Cawangan Farmasi Forensik KKM berfungsi mengumpul data dan melakukan siasatan berhubung aktiviti itu berdasarkan aduan awam selain risikan dilakukan pegawainya.

“Tanpa nasihat doktor, penggunaan pil mengandungi kimia sildenafil dan taladafil yang digunakan tanpa pengawasan doktor bertauliah boleh menyebabkan individu yang memakannya diserang sakit jantung mendadak selain pelbagai kesan buruk antaranya tekanan darah rendah, kerosakan hati, buah pinggang dan gangguan mental,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pengguna memerlukan satu kaedah atau medium rujukan yang mudah dalam soal penjualan atau pembelian ubat-ubatan.

“KKM seharusnya menyediakan kaedah rujukan dan panduan yang mudah untuk pengguna. Ini kerana orang ramai sukar hendak mengetahui maklumat sesuatu ubat-ubatan itu,” katanya.

 

Artikel oleh : Harian Metro

GULA-GULA NAFSU BERACUN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/442208/gula-gula-nafsu-beracun