Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Haflah Zikir Perdana Sedunia Julai depan – Berita Harian Online – 12/03/2017
13 Apr 2017

KUALA LUMPUR: Haflah Zikir Perdana Sedunia (HZPS) 2017 bakal dihadiri lebih 200 ulama seluruh dunia yang akan diadakan pada 26 sehingga 30 Julai depan di Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.

Himpunan terbesar ahli zikir bertemakan “Islam itu Kedamaian” dijangka mengumpulkan lebih 30,000 hadirin. Yang Dipertua Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA), Datuk As’ari Ibrahim, berkata acara tahunan itu memfokuskan keutuhan peradaban Islam dalam pembangunan insan.

“Kebangkitan peradaban Islam dalam pembangunan insan adalah teras kegemilangan masyarakat dan ekonomi mampan.

“Penganjuran kali ini mempunyai beberapa acara lain seperti Simposium Tarekat Tasawuf Nusantara dengan kerjasama Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) dan Persidangan Ulama Antarabangsa.
“Turut membawa kelainan dengan beberapa acara baharu seperti Majlis Tafaqquh Fiddin; World Sama’ Fest; Pertandingan Marhaban Piala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Asnaf Foodtruck,”katanya ketika majlis Pelancaran Haflah Zikir Perdana Sedunia (HZPS) 2017, di sini, hari ini.

Sementara itu, PERTAMA turut melancarkan tabung PERTAMA Infak Zikir Perdana bagi menghidupkan budaya infak positif dalam kalangan umat islam.

“Tabung berkenaan akan diedarkan kepada orang ramai pada malam kemuncak HZPS 2017 iaitu majlis zikir dan turut diletakkan di masjid dan surau di negara.

Majlis zikir itu dianjurkan PERTAMA dengan kerjasama Y2G Ulul Albab Center of Excellence (Y2G).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/270877

Haflah Zikir Perdana Sedunia Julai depan