Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
HAMPIR 500 PEMILIK KENDERAAN BERPUTIH MATA – BH ONLINE – 6/7/2017
06 Jul 2017

Hampir 500 pemilik kenderaan berputih mata Jenayah Mahkamah Tragedi Berita Harian

KUALA LUMPUR: Hasrat kira-kira 500 pemilik kereta untuk mencari pendapatan tambahan dengan cara memajak kenderaan untuk disewakan, musnah apabila mereka mendakwa ditipu syarikat pajakan berkenaan.

Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusof Azmi, berkata ada sesetengah pemilik kereta itu juga menghadapi kemungkinan muflis apabila syarikat terbabit tidak membayar ansuran bulanan seperti dijanjikan.

Katanya, pemilik kereta juga mendakwa tidak lagi menerima bayaran tambahan daripada syarikat terbabit sejak Disember lalu dan usaha untuk mendapatkan kembali kenderaan yang dipajakkan juga gagal.

Difahamkan, mangsa juga ada membuat aduan polis berhubung perkara itu tetapi ia tidak mengubah keadaan.

Yusof berkata PPIM menerima banyak aduan daripada mangsa yang mendakwa ditipu oleh syarikat pajakan kenderaan berkenaan.

“Hampir 500 pemilik kenderaan membabitkan kira-kira 1,500 kereta menjadi mangsa penipuan ini.

“Mangsa dijanjikan dengan pelbagai imbuhan menarik seperti syarikat menanggung bayaran bulanan kepada bank dan kemudiannya memberi bayaran tambahan kepada mereka,” katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 20 pemilik kereta, ada yang memiliki tiga unit yang dipajakkan kepada syarikat itu, datang ke pejabat PPIM untuk membuat aduan dan meminta bantuan menyelesaikan masalah mereka.

Yusof berkata, pada peringkat awal syarikat berkenaan membayar ansuran bulanan kereta dan memberi bayaran tambahan kepada pemilik kenderaan tetapi keadaan berubah apabila syarikat berkenaan bertukar tangan.

Malah, Yusof berkata mangsa mendakwa syarikat itu bukan saja tidak membuat bayaran ansuran bulanan kereta kepada bank sehingga menyebabkan mereka hampir disaman pihak bank tetapi pada masa sama meminta mereka membayar pampasan sekiranya mahukan kereta mereka semula.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/299528