Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Hartanah: Seorang bapa bersama 150 orang lagi dakwa rugi RM9 juta – Malaysia Gazette – 21/6/2017
21 Jun 2017

WhatsApp Image 2017-06-21 at 14.36.12 (4)

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang bapa untuk membelikan anaknya sebidang tanah lot di sekitar Gombak dan Hulu Langat, lebur apabila dia bersama 150 yang lain menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat hartanah sehingga mengakibatkan kerugian dianggar RM9 juta.

Bekas pekerja Bank Negara, Othman Sabri, 72, mendakwa dia mengalami kerugian hampir RM72,000 apabila syarikat yang bertanggungjawab menguruskan pembelian tanah itu menghilangkan diri.

“Saya mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi membeli tanah lot itu kerana harganya murah selain cara syarikat itu menerangkan bagaimana projek berkenaan dilaksanakan menyebabkan saya tidak meragui mereka.

“Tetapi setelah setahun menunggu dan apabila sudah berkali-kali dihubungi panggilan tidak berjawab, saya nekad ke pejabat syarikat itu tetapi mendapati pejabat telah ditutup,” katanya pada sidang akhbar bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi berkata hasil siasatan mendapati penipuan syarikat hartanah itu dilakukan dua ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’, dengan seorang daripada mereka merupakan suami seorang selebriti tanah air.

Yusuf berkata ahli perniagaan itu bergiat aktif mencari mangsa sejak 2011 sehingga kini dengan modus operandi penipuan yang licik iaitu menjual tanah milik orang lain yang belum bertukar hak milik kepada pembeli pada harga lebih murah daripada pasaran.

Menurut Yusuf, syarikat berkenaan sebelum ini pernah ditutup namun pelaku membuka sebuah syarikat baharu bagi meneruskan kegiatan haram mereka.

“Kami berharap pihak berwajib seperti Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Selangor, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dapat mengambil tindakan segera bagi mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku,” katanya.

— BERNAMA

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/06/20/hartanah-seorang-bapa-bersama-150-orang-lagi-dakwa-rugi-rm9-juta/