Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
HINAAN JALUR GEMILANG MAKIN MENJADI-JADI – PPIM – 27/11/2019
27 Nov 2019

Penggunaan bendera berbucu lima dilihat sebagai satu perkara sensitif yang mempermainkan isu kedaulatan negara. Pihak MABA mengeluarkan kenyataan permohonan maaf namun persoalannya siapakah yang melakukan kesilapan tersebut? Kejadian ‘Silap dan Maaf’ ini juga telah acap kali dilakukan sebelum ini dalam isu bendera terbalik dan bendera hitam. 

PPIM bersama NGO-NGO di Malaysia telah membuat laporan ke atas isu ini di IPD Dang Wangi tengah hari tadi.

“Kita melihat ini sebagai satu agenda komunisma kerana rakyat Malaysia sememangnya kenal akan bendera Malaysia. Jadi mereka mempunyai agenda untuk menyampaikan ideologi.”

“Isu ini tidak boleh diterima dan kita akan membuat survey siapa rakyat Malaysia menerima agenda komunisme ini,” kata Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi.

Beliau berkata, siasatan dan tindakan sewajarnya perlu diambil ke atas pihak yang terlibat kerana isu ini membabitkan institusi kedaulatan negara.

Ketua Prasarana BMF Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Mohd Nor Izzat Haji Mohd Johari berkata pihak mereka meluahkan rasa kecewa dan marah diatas tindakan pihak penganjur yang biadap dan tidak menerima permohonan maaf sahaja. Selain itu, gabungan NGO menyeru agar Presiden MABA dipecat serta-merta dan digugurkan daripada jawatannya. 

Pihak PDRM digesa agar menahan dalam tempoh 24 jam dari sekarang dan menjalankan siasatan telus ke atas seluruh anggota jawatankuasa yang terlibat. Tindakan tegas juga perlu diambil kepada golongan yang cuba mempersendakan dan menjejaskan keamanan negara.   

#toqqitegur #PPIMprihatin #patriot #PPIM #benderaMalaysia #viral #Negaraku #MalaysiaBersih

Artikel oleh: Atiqah Kamaruddin

HINAAN JALUR GEMILANG MAKIN MENJADI-JADI