Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
HIV, TIDAK HANYA PADA PENAGIH! – PPIM – 04/12/2019
04 Dec 2019

Pola statistik golongan yang dijangkiti HIV di Malaysia mengalami perubahan drastik daripada golongan penagih dadah, 61% pada tahun 1990, kepada golongan homoseksual, 57% pada tahun 2018. Berdasarkan rekod, perubahan pola ini berlaku akibat daripada hubungan seks sejenis.

“Apabila kita tidak mengikut lumrah alam, perkara seperti inilah yang masyarakat kini perlu tanggung. Hakikatnya di Amerika Syarikat hanya ada beberapa bandar sahaja yang dibenarkan perkahwinan sejenis. Tapi di Malaysia juga ingin melakukan hal yang sama kerana sikap cepat terpengaruh,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan @ Toqqi.

“Perkara ini perlu dikaji semula dan kerajaan seharusnya tidak boleh membenarkan hak kemanusiaan sebagai tiket untuk bebas melakukan apa sahaja kerana ini mampu mempengaruhi kehidupan masyarakat. Isu ini sangat merbahaya kerana ia akan melibatkan masyarakat dan kesan yang bakal dihadapi.”

“Kita akan menghadapi masalah sosial masyarakat yang lebih mencabar,” tambahnya lagi.

Sekiranya perkara ini berlanjutan tanpa sebarang tindakan, dikhuatiri jika ia akan menjejaskan masyarakat dan generasi akan datang. PPIM menyeru agar golongan homoseksual ini memikirkan implikasi yang bakal mempengaruhi masyarkat sekeliling terlebih dahulu sebelum ingin memperjuangkan hak mereka.

#HIV #AIDS #homoseks #penagih #perangidadah #KKM #sosial #Malaysiaku #SayangiMalaysia #toqqiprihatin #PPIM #HakAsasiKemanusiaan #SosialNegara