Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
HUKUMAN LEBIH BERAT – HARIAN METRO – 04/09/2020
08 Sep 2020

Kuala Lumpur: Pihak yang menyebabkan pencemaran Sungai Gong di Rawang perlu dihukum lebih berat dan mandatori.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan pihak berkenaan bukan sahaja menjejaskan alam sekitar, malah turut menyebabkan gangguan bekalan air kepada berjuta penduduk di Lembah Klang.

Katanya, hukuman berat itu perlu untuk memberi kesedaran kepada semua pihak betapa pencemaran air akan menyebabkan keseluruhan kehidupan terjejas teruk.

“Ini baru beberapa hari kita putus bekalan air bersih dan terawat. Bayangkan jika pencemaran lebih teruk berlaku dan mereka yang bertanggungjawab bebas begitu saja.

“Saya cadangkan hukuman mandatori dikenakan. Ini pun bukan kejadian kali pertama.

“Mereka yang melakukannya juga seolah-olah tidak gentar langsung dengan undang-undang. Yang dipentingkan hanya perniagaan mereka, yang sengsara ialah berjuta pengguna,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengenal pasti beberapa premis perindustrian yang dipercayai menjadi punca pencemaran di Sungai Gong, Rawang, kelmarin.

Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, pihak terbabit akan dibawa ke muka pengadilan minggu depan.

Ketika ini, pihak penguat kuasa sedang menyiapkan kertas pertuduhan untuk dibawa ke mahkamah.

Artikel oleh: Harian Metro

HUKUMAN LEBIH BERAT

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/617222/hukuman-lebih-berat