Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
INFAQ REZEKI 2.0 BAGI MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN GOLONGAN YANG MEMERLUKAN, JPJ @ MOT PRIHATIN RAKYAT – KACA TV – 16/07/2021
17 Jul 2021

#KACATV

Menjayakan acara JPJ Malaysia telah menjalinkan kolaborasi rapat bersama PPIM, dan PATRIOT bagi melaksanakan inisiatif agihan bantuan sumbangan Infaq Rezeki kepada golongan yang terkesan ekoran daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak Kerajaan.

#BERITA

15 Julai 2021 Kuala Lumpur, Melalui kolaborasi ini, JPJ turut sama menyumbangkan tenaga dalam usaha membantu mengurangkan beban kewangan dan inisiatif ini sekaligus dapat dilihat sebagai satu usaha bagi membantu golongan yang terkesan akibat impak pandemik Covid-19.

Malah, gerakan tuntas yang merupakan suatu sinergi di antara pihak Kerajaan iaitu JPJ,PPIM serta PATRIOT ini juga merupakan suatu manifestasi jelas mengenai keprihatinan pihak Kerajaan kepada mereka-mereka yang benar-benar memerlukan. Harapan JPJ ialah melalui kerjasama ini,JPJ bukan hanya dilihat sebagai agensi yang memfokuskan kepada aktiviti penguatkuasaan undang-undang semata-mata namun juga cakna terhadap situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda ketika ini.

Artikel oleh: Kaca TV

INFAQ REZEKI 2.0 BAGI MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN GOLONGAN YANG MEMERLUKAN, JPJ @ MOT PRIHATIN RAKYAT

https://www.youtube.com/watch?v=-JVzmqrMFNg