Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
IPTS ‘CEKIK DARAH’ AKAN DISIASAT PTPTN – MALAYSIA GAZETTE – 5/1/18
05 Jan 2018

ptptn-681x291 (1)

KUALA LUMPUR – Selepas pendedahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di utara tanahair didakwa ‘cekik darah’ Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari akan menyiasatnya.

Menurut laporan Bernama, PTPTN turut memanggil pengadu, Noraini Muslim, 26 untuk datang ke ibu pejabat badan pinjaman itu dan memberikan maklumat lanjut mengenai dakwaan beliau.

“Kami mohon pihak yang berkenaan yang berkenaan untuk hadir ke pejabat PTPTN untuk berbincang dan memberi maklumat lanjut,” kata wakil PTPTN memetik laporan Bernama.

Malaysia Gazette sebelum ini melaporkan ada sebuah IPTS di Kedah yang memotong pinjaman pelajarnya sehingga RM500 bagi satu semester dengan alasan kos pentadbiran yang terpaksa dibiayai oleh mangsa.

Graduan Perbankan Islam dan Kewangan itu turut berkata janji IPTS untuk memberikan pekerjaan yang lumayan juga gagal dipenuhi selepas beliau menamatkan pengajian dua tahun lalu.

“Pinjaman untuk program ijazah dan diploma saya RM70,000. Satu semester saya dapat RM8,000 dan jumlah yuran pengajian saya dalam lingkungan lebih RM3,000.

“Sepatutnya saya dapat RM4,500 tapi setiap semester, pihak kolej akan tolak RM500 atas alasan kos pentadbiran. Saya tidak tahu kenapa pihak kolej buat begitu, sepatunya tidak ada tolak lagi sebab kita pinjam daripada PTPTN,” katanya dalam sidang media selepas mengadu hal berkenaan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) awal hari ini.

Malah Noraini turut berkata bantuan elaun zakat pemberian kerajaan negeri Kedah yang sepatutnya diterima RM400 setahun sepanjang enam tahun pengajiannya juga turut dipotong sehingga separuh dengan alasan terdapat tunggakan yuran masih belum dijelaskan. -MalaysiaGazette.

 

Artikel Oleh : MALAYSIA GAZATTE

 IPTS ‘CEKIK DARAH’ AKAN DISIASAT PTPTN 

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/01/04/ipts-cekik-darah-akan-disiasat-ptptn/