Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
ISU DAGING IMPORT: PPIM MAHU TUBUH PASUKAN PETUGAS KHAS – BERITA HARIAN – 31/12/2020
04 Jan 2021

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi membantu menyalurkan maklumat berhubung kegiatan penyeludupan daging import yang diragui status halal ke negara ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata bagi menjayakan penubuhan pasukan petugas khas itu, badan bukan kerajaan (NGO) lain turut dijemput menyertainya.

Katanya, ia bertujuan membantu memudahkan kerajaan membendung isu berkenaan yang disifatkan sebagai ‘barah’ dalam kalangan pengguna di Malaysia.

Melalui pasukan itu kelak, beliau berkata, pihaknya menyasarkan siasatan maklumat terbabit berupaya dijalankan hingga ke peringkat akar umbi.

Malah jika terbukti berlaku rasuah dalam kalangan pegawai kanan terbabit, katanya, kerajaan akan diminta untuk merombak struktur agensi berkenaan.

Dalam pada itu, Nadzim berkata, pihaknya turut mendesak kerajaan menyegerakan kewujudan akta halal.

“Seingat saya pada 2002, kami dimaklumkan bahawa akta halal ini sudah siap sedia untuk dibawa ke Parlimen tetapi belum berlaku hingga kini.

“Kita bimbang jika ia masih tidak diwujudkan, situasi terbabit akan menjadi semakin buruk dengan pengguna berisiko menikmati daging diragui status halal,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Artikel oleh: Berita Harian

ISU DAGING IMPORT: PPIM MAHU TUBUH PASUKAN PETUGAS KHAS

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/770694/isu-daging-import-ppim-mahu-tubuh-pasukan-petugas-khas