Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
ISU KRISIS AIR: PERBALAHAN POLITIK MENYUSAHKAN PENGGUNA : PELANCARAN PENGUMPULAN TANDATANGAN DAN SMS MENDESAK DISEGERAKAN PERLAKSANAAN PROJEK LOGI RAWATAN AIR LANGAT 2.
25 May 2012

PPIM
melihat perbalahan berkenaan isu air semakin meruncing. Perbezaan
pendapat berkenaan rezab air dan keperluan menyegerakan Projek Loji
Rawatan Air Langat 2 dikuatiri akan membebankan pengguna awam dan
industri yang bergantung kepada sumber air bersih.
.
Seandainya
krisis air benar-benar berlaku pada 2014, siapa yang akan
bertanggungjawab? Ia berdasarkan fakta dan unjuran yang diberikan
operator air yang disokong pakar-pakar air tempatan serta badan-badan
NGO lain yang telah meneliti masalah bekalan air terkini yang mana rizab
simpanan air bersih di Lembah Kelang yang kini berada pada paras di
bawah 2.47% (sepatutnya pada kadar minima 20%).
Ketika
usaha pencegahan krisis telah disusun dan dipersetujui dengan loji yang
sepatutnya dibina pada tahun 2010 lalu, ada pula pihak yang sengaja
menangguhkan usaha membina dan meningkatkan kapasiti loji rawatan air
hanya kerana perbezaan politik yang mengakibatkan projek rakyat ini
mengalami kelewatan yang sangat kritikal.
.
Sikap
berdolak dalik berkenaan penstrukturan semula harga air pula berlarutan
hingga kini tanpa keputusan muktamat. PPIM khuatir suatu ketika nanti
jika krisis terjadi, ia akan memberi impak cukup serius kepada semua
pengguna dan industri bukan sahaja dari segi keselesaan kehidupan malah
kegiatan ekonomi juga bakal terjejas. Persediaan awal perlu dilakukan
sebelum terlambat. Jangan nanti hingga nasi sudah menjadi bubur. Gajah
sama gajah berlawan, pelanduk pula mati ditengah.
.
Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga dengan tegas sudah
bertitah agar isu air di negeri Selangor tidak dipolitikkan kerana bukan
sahaja rakyat boleh terjejas, pelaburan di Selangor juga boleh menerima
impak buruk, jika masalah air tidak mampu ditangani.
.
PPIM
dengan penuh keinsafan dan rasa tanggungjawab ingin melancarkan dengan
rasminya kutipan sokongan dan tandatangan daripada para pengguna air di
Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
.
Pengumpulan
sokongan ini bermula dari hari ini 25 Mei hingga 25 Jun 2012 untuk
mendesak Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menyegerakan kelulusan tapak
tanah di Hulu Langat bagi pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 bagi
memproses air yang bakal dipindahkan daripada Pahang ke Selangor.
.
Hasil
dari pengumpulan sokongan ini akan serahkan bersama memorandum ke bawah
DYMM Yang Dipertuan Agong dan salinan kepada Menteri Besar Selangor dan
Perdana Menteri untuk tindakan selanjutnya.
Sekian.

SILA NYATAKAN SOKONGAN ANDA DENGAN MEMBERI NAMA DAN (KAD PENGENALAN ATAU EMAIL ATAU NOMBOR HP) ANDA.

SOKONGAN ANDA AMAT BERMAKNA. TERIMA KASIH.

KLIK UNTUK SOKONGAN ANDA