Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Jakim tiada kaedah bezakan produk pemilik Islam, kafir – Ismaweb – 1/6/2017
02 Jun 2017

Snapshot 4

PUTRAJAYA, 6 Ramadan 1438H, Khamis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengakui sukar menyediakan sistem baharu bagi membezakan produk keluaran orang Islam dengan orang kafir.

Sebaliknya, Jakim hanya boleh meminta syarikat pengeluar produk berkaitan supaya memilih lambang yang sesuai bagi mengelak kekeliruan, manakala pengguna pula dinasihatkan hanya membeli produk yang mempunyai sijil Halal Jakim atau yang diiktirafnya.

Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, memang sesuatu yang sukar untuk Jakim menyediakan sistem membezakan kedua-dua produk itu.

“Syarat kita adalah apabila industri memenuhi kriteria untuk pensijilan halal, maka kita akan luluskan. Dari segi penggunaan bentuk-bentuk logo, kita telah menasihati industri-industri untuk memilih lambang atau logo yang sesuai dan tidak mengelirukan,” katanya kepada media selepas hadir pada Mesyuarat Majlis Halal Malaysia Bil.2/2017 di Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Beliau juga mengakui Jakim tidak mempunyai peruntukan undang-undang yang membolehkan pihaknya mengambil tindakan terhadap pengeluar produk yang mempunyai lambang atau logo mengelirukan.

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Jakim mengkaji dan mewujudkan satu kaedah untuk membezakan sesuatu produk itu adalah keluaran muslim dan bukan muslim.

Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM mendapati puluhan produk yang menggunakan nama Melayu dan melambangkan Islam adalah milik pengeluar bukan muslim.

Ini berikutan PPIM menerima banyak pertanyaan daripada pengguna yang keliru dengan status sesuatu produk yang menggunakan nama Melayu atau lambang berkaitan Islam.

http://www.ismaweb.net/2017/06/jakim-tiada-kaedah-bezakan-produk-pemilik-islam-kafir/