Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
JARINGAN PERNIAGAAN PPIM, PRESMA DI BAWAH GTZ SEMAKIN JADI KENYATAAN – PPIM – 17/5/18
18 May 2018

KUALA LUMPUR 17 Mei – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) hari ini melangkah setapak lagi dalam usaha untuk mewujudkan jaringan perniagaan antara kedua pertubuhan berasaskan Islam berkenaan.

Kedua-dua pihak dalam mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat PPIM, 70X Jalan Keramat Hujung di sini hari ini telah bersetuju dengan beberapa perkara dasar bagi pengujudan jaringan perniagaan tersebut.

WhatsApp Image 2018-05-18 at 10.19.11 AM copy

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, bagi menjayakan jaringan perniagaan berkenaan, Presma telah bersetuju untuk menyertai dan menyokong program gerakan tunai zakat yang diadakan di bawah program sokong peniaga pembayar zakat yang dijalankan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Jelas beliau sebagai imbal balik, PPIM dan PPZ-MAIWP akan membantu ahli-ahli Presma dalam soal promosi dan pengesahan perusahaan halal komprehensif bagi memberi keyakinan dan menarik perhatian pengguna Islam.

“Jaringan perniagaan ini merupakan satu kerjasama yang bakal membawa manafaat kepada rumah secara keseluruhan.

WhatsApp Image 2018-05-18 at 10.19.11 AM (1)

“Manfaat paling besar ialah kepada pengguna Islam yang mana melalui kerjasama yang bakal dijalankan ini mereka tidak lagi perlu khuatir mengenai pematuhan halal oleh restoran-restoran yang menjadi ahli Presma,” kata beliau selepas mesyuarat tersebut.

Jelas beliau di sinilah Gerakan Tunai Zakat (GTZ) memainkan peranan penting kerana gerakan tersebut bukan sahaja menuntut pematuhan halal dalam kalangan ahlinya tetapi juga membantu ahli-ahli tersebut membina serta memperkukuhkan keyakinan pengguna terhadap mereka melalui pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan dalam gerakan ini.

WhatsApp Image 2018-05-18 at 10.19.11 AMWhatsApp Image 2018-05-18 at 10.07.00 AM (2) WhatsApp Image 2018-05-18 at 10.07.00 AM

 Hadir pada mesyuarat tersebut ialah Presiden Presma, Ayoob Khan Mohd. Yakub; Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Haji Che Mat Che Ali serta Ahli Pengurusan Kanan Organisasi-Organisasi mereka. – UNIT MEDIA PPIM