Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2) JENIS KEAHLIAN PPIM
02 Nov 2010

KEAHLIAN PPIM TERBAHAGI KEPADA 5 KATEGORI :
1. Angkatan Pengguna Islam (API)

– Mewujudkan kumpulan pejuang kepenggunaan Islam paling berpengaruh di Malaysia. Menjadi mata dan telinga ppim bagi menangani pelbagai permasalahan ummah.

– Ahli akan diberi “kad keahlian api dan stiker kenderaan”. Perlindungan khairat kematian dari takaful ikhlas mengikut kategori yuran keahlian

2. Ahli BlueMosque Fraternity ( BMF )

-Satu jaringan persaudaraan antara umat Islam seluruh dunia. Tujuannya adalah untuk mengimbangi kedudukan umat Islam di dunia yang makin ketinggalan dalam berbagai perkara.

-Dengan gabungan ini, segala kegiatan ekonomi, sosial, pendidikan, profesional dan lain-lain dapat diarahkan kepada satu agenda, sokong menyokong dan sayang-menyayangi antara satu sama lain dalam semua perkara.

-Mempelawa semua ahli perniagaan , para profesional, pertubuhan dan ahli korporat mendaftar di bawah jaringan tersebut. Mereka akan dikategorikan mengikut kepakaran masing-masing dan disenaraikan dalam direktori, majalah dan web.

-Setiap ahli akan diberikan logo / sijil keahlian dan “bar kod” bagi memudahkan pengenalan sebagai ahli perniagaan. Para peniaga boleh meletakkan logo ini di premis perniagaan dan di barangan keluaran mereka.



3. Muslim Friendly Organization (MFO)

– Pengiktirafan kepada badan-badan perniagaan / industri kepunyaan bukan Islam di Malaysia untuk memberi ruang persahabatan dan mendidik mereka bahawa kita akan menyokong mereka sekiranya mereka menghormati kita. (PPIM tidak mengiktiraf mereka sebagai AHLI BMF).

– Dengan mengamalkan sikap toleransi dan menghormati terhadap kakitangan Islam/Melayu:
  1. Tiada diskriminasi. Berpeluang untuk pekerja Islam maju dalam syarikat-syarikat besar mereka, tanpa ada perbezaan agama dan bangsa.
  2. Tiada tekanan yang berlebihan terhadap kerja kerana perbezaan agama dan bangsa.
  3. Membenarkan solat Jumaat pada waktunya.
  4. Menjaga kebersihan di tempat kerja terutamanya di premis pembuatan makanan.
  5. Mengamalkan perniagaan beretika, seperti tidak menggunakan wanita sebagai tarikan dan iklan.
  6. Mengadakan tempat bersolat juga kemudahan tempat berwudhu’ untuk pekerja Islam.
  7. Tidak menjadikan pakaian seragam untuk mendedahkan aurat kepada pekerja-pekerja wanita.
  8. Berlaku adil dan berperikemanusiaan terhadap “pembantu rumah” dengan memberikan mereka mengamalkan syariat Islam semasa bekerja.
  9. Tidak menggunakan perkataan yang meghina seperti “melayu bodoh” dll.
  10. Memberikan pertimbangan kepada pekerja yang perlu memperolehi makanan yang halal.
  11. Tidak mendikriminasi kepada pembekal-pembekal Islam
  12. Membuka peluang perniagaan kepada masyarakat Islam.
  13. Mempunyai panel syariah untuk rujukan berkaitan kepenggunaan Islam.
  14. Tidak berlaku lain-lain perkara yang didapati tidak menghormati Islam yang mungkin bertambah dari masa ke semasa
4. Keahlian “ Gerakan Masyarakat Pengguna Perihatin Kebangsaan” (GEMPAK)

Merupakan sebuah Pasukan Pemantau yang ditubuhkan oleh PPIM pada November 1999. Bertujuan menjalankan tugas sukarelawan sebagai WAKIL PPIM atau ‘ mata dan telinga ‘ Persatuan untuk membongkar aktiviti rakus pihak pengusaha yang tidak bertanggunjawab di seluruh Negara.

Perlantikan wakil GEMPAK adalah mrngikut kawasan Parlimen bagi setiap Negeri .

Tujuan Penubuhan / Objektif :

  1. Melindungi hak dan kepentingan pengguna yang dipandang remeh
  2. Memperkukuh keberkesanan aktiviti perlindungan pengguna
  3. Menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukarelawan
  4. Penyaluran maklumat penting secara efektif
  5. Menjana sebahagian daripada jihad ekonomi ummah
  6. Menjadi jaringan komunokasi dan telekomunikasi yang menyeluruh

Keanggotaan / Keahlian

Terbuka dan boleh dianggotai oleh berbagai lapisan masyarakat yang beragama Islam, terdiri daripada berbagai lapisan umur. Keanggotaan adalah secara sukarela dimana mereka perlu menghadiri taklimat, berakad dan berikrar.

5. Sukarelawan dan Kelab Penyokong PPIM

Terbuka kepada semua agama, bangsa dan warganegara;

Untuk manjadi wakil keahlian tersebut. Mereka mestilah mematuhi beberapa pra syarat yang ditetapkan oleh PPIM :

  1. Mendapat kebenaran / kelulusan dari pentabiran PPIM
  2. Menghadiri taklimat, berakad dan berikrar
  3. Mematuhi semua peraturan / syarat – syarat yang diamanahkan
  4. Jujur dan amanah di semua bentuk pengurusan mengikut syariat Islam
  5. Berprinsip seperti yang dianjurkan, sentiasa memelihara kesucian / maruahnya serta menghayati perjuangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Prinsip Ahli :

  1. Melazimkan diri mendengar Radio IKIM dan Radio 24 Bernama
  2. Mengetahui dan memboikot produk yang diboikot
  3. Menyokong produk Islam / bumiputra / ahli
  4. Menghadiri taklimat
  5. Membaca, memahami dan mengamalkan FAQ PPIM
  6. Menjalankan aktiviti dengan jujur, amanah, benar, adil dan tidak gopoh atau menyalahi undang-undang
  7. Memastikan aktiviti yang dijalankan bercirikan kebaikan, selamat dan sentiasa menjaga adab dan kesopanan
  8. Mesti mendaulatkan perpaduan, hormat menghormati sesama ahli dan seluruh umat Islam walaupun berbeza fahaman mazhab
  9. Bersama PPIM menyokong, mempromosi dan memperjuangkan agenda ummah
  10. Dilarang mengeluarkan kenyataan  akhbar atau mengambil tindakan secara bersendirian tanpa pengesahan pihak PPIM
  11. Mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan PPIM;

-Sukarelawan bertindak hanya sebagai pemantau dan pemberi maklumat
-Mereka ditegah daripada bertindak seperti Pegawai Penguatkuasa