Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2846) JEREBU: JAKIM ARAHKAN SEMUA MASJID & SURAU ADAKAN SOLAT HAJAT
18 Sep 2015

18 SEPTEMBER 2015 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengarahkan semua masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat sunat hajat selepas solat Jumaat hari ini bagi memohon agar masalah jerebu dapat diatasi. 
Ketua Pengarah , Datuk Othman Mustapha berkata keputusan untuk mengadakan solat hajat itu diambil, setelah masalah jerebu di negara ini masih berterusan. 
“Jakim meminta kerjasama semua pihak berkuasa agama negeri supaya masjid dan surau di negeri masing-masing mengadakan solat hajat bagi memulihkan keadaan ini. 
“Kita sama-sama memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar masalah jerebu akan selesai dalam tempoh terdekat dan masyarakat boleh menjalankan aktiviti harian dengan lebih lancar dan sempurna,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama

VIDEO PANDUAN  SOLAT HAJAT