Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
JIHAD AMBIL MAKANAN HALAL – SINAR HARIAN – 25/1/19
25 Jan 2019

Sinar ( jihad ambil makanan halal ) 25.1.19

Anak perlu dididik untuk menahan diri daripada makan makanan yang tidak jelas sumbernya dan mengawal pengambilan makanan. la merupakan jihad dalam proses pendidikan jati diri.”

Demikian kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam, Datuk Nadzim Johan dalam perkongsiannya pada program Bedah Buku Masuk Syurga Sekeluarga siri ke 6 anjuran Rumah Ngaji @ Laman 83 di Stesen 83, Bukit Jelutong, Shah Alam, 13 Januari lalu.

Katanya lagi: “Antara kemelut besar dalam masyarakat hari ini adalah masalah keluarga berkaitan dengan pemakanan. Kebanyakan keluarga Islam begitu tercabar dengan pelbagai perkara yang di luar jangkauan fikiran.

“Menjadi fenomena masyarakat suka membelanjakan wang hingga ribuan ringgit untuk makan. Tetapi kebanyakan kita tidak meneliti sumber makanan halal atau tidak. Makanan yang tidak halal menjadi punca kepada kelemahan diri. Kita perlu berhati-hati dengan budaya makan yang lemah ini.”

Beliau menambah, mengawal makanan perlu menjadi subjek penting dalam mendidik ahli keluarga. la merupakan pertahanan utama yang  perlu diperkukuhkan kerana makanan membentuk diri kita.

Oleh itu, ujar Nadzim, ibu bapa perlu mendidik anak sejak kecil agar bijak mengawal diri daripada memakan apa sahaja. Pastikan juga, kita membeli dan menyediakan makanan daripada sumber yang halal dan bersih.

“Kita perlu teliti pemakanan sebagai perjuangan yang perlu disampaikan kepada anak agar mereka faham. Ini bermakna, hidup bukan untuk makan. “Sebagai orang Islam, kita hendaklah berjuang. Tetapi jika hati tidak cukup kuat disebabkan makanan yang tidak halal, perjuangan itu menjadi sukar,” katanya.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, makanan yang halal dan baik adalah perkara penting di rumah kerana selain soal keberkatan ia juga saling berkait dengan faktor kesihatan. Justeru, masyarakat perlu berhati-hati untuk makan di restoran atau gerai.

“Ada restoran yang tiada tanda halal tetapi disebabkan melihat ada orang bertudung makan, jadi kita pun makan. Terdapat juga restoran yang mempunyai sijil halal tetapi

cara penyediaan bahan makanan kan tidak bersih.

“Saya menyeru agar setiap keluarga mampu mengawal diri dalam memilih makanan yang baik untuk membentuk jati diri. Kita juga sepatutnya makan di tempat orang Islam dan menggunakan produk buatan orang Islam.

“Jika kita gagal melaksanakan ‘ekosistem tersebut, anak cucu kita mungkin terpaksa melalui kesukaran kelangsungan hidup. Ini boleh terjadi disebabkan kelalaian kita sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, Nadzim berharap, umat Islam dapat sama-sama memperjuangkan ekonomi Islam bermula daripada keluarga sendiri sendiri.

Pesannya, jangan mudah terpedaya dan buatlah kajian terhadap sumber makanan sebelum diberikan kepada ahli keluarga. 

Lebih 70 peserta mengikut sesi Bedah Buku Masuk Syurga Sekeluarga siri ke 6 yang disampaikan oleh Penasihat Modul Rumah Ngaji, Ustaz Safri Muhammad Zein. Program tersebut antara lain memberi pendedahan kepada peserta mengenai kupasan ilmu kekeluargaan yang membawa masuk ke syurga.

 

Artikel Oleh : Sinar Harian

JIHAD AMBIL MAKANAN HALAL