Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
JOM BELI AKHBAR UTUSAN MALAYSIA, KOSMO! – UTUSAN MALAYSIA – 23/08/2019
23 Aug 2019

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan kempen membeli akbar Utusan Malaysia dan Kosmo! bagi menyokong syarikat akhbar tertua itu yang sedang mengalami krisis kewangan.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, melihat kepada sejarah Utusan Malaysia serta jasanya terhadap pembangunan orang Melayu, syarikat itu perlu dibantu oleh setiap golongan itu di negara ini.

“Syarikat korporat Melayu juga perlu mereka dengan membeli iklan bagi membantu khazanah negara ini akan terus diterbitkan sampai bila-bila. Sekiranya ini berlaku pada akhbar Cina, pasti banyak orang kaya mereka yang bantu, tetapi sebaliknya berlaku apabila berlaku pada akhbar kita.

“Oleh itu saya berharap dengan kempen kita untuk membeli kedua-dua akhbar ini dengan jumlah harga RM3.50 dapat membantu krisis kewangan dihadapi disamping membela nasib kira-kira 800 pekerja di bawahnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel oleh: Utusan Malaysia

JOM BELI AKHBAR UTUSAN MALAYSIA, KOSMO!

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jom-beli-akhbar-utusan-malaysia-kosmo-1.958926