Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
JOM KERAMAT #QURANHOUR 3.0 – SINAR HARIAN – 22/2/18
22 Feb 2018

Sinar ( #quran hour 3.0 ) 22.2.18

Keramat #QuranHour 3.0 bakal menawarkan lebih banyak pengisian aktiviti menarik untuk orang ramai sertai di Taman Tasik Datuk Keramat pada 25 Februari ini.

Antara aktiviti disediakan dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari itu termasuk berinteraksi dengan al-Quran melalui #QuranHour, solat melalui #SolatExplorace dan Infaq melalui #Pasar Infaq Ummah, serta persembahan As Salam Buskers.

Sesi berinteraksi dengan al-Quran kali ini menampilkan peserta cilik yang dikenali ramai iaitu Tahfiz Muda, Fatimah Az Zahraa Muwafik, 6, yang akan memperdengarkan bacaannya Surah alFatihah dan Surah al-Baqarah ayat 1 hingga 5.

Bacaan ayatsucial-Quran diteruskan oleh Ustaz Ahmad Aiman yang membawakan Surah al-Fajr.

Penasihat Modul Rumah Ngaji, Ustaz Safri Muhammad Zein akan bertadabbur dan bertazakkur surah tersebut untuk difahami mesej yang disampaikan oleh ALLAH dan diamalkan oleh umat Islam.

Keramat#QuranHour 3.0 merupakan aktiviti kali ketiga di bawah program setahun Keramat Lab yang dilancarkan pada 2 Disember 2017. – Ini menyahut kempen My Family #QuranHouryang bertemakan #Saving Families bagi mengukuhkan keluarga melalui berinteraksi dengan al-Quran iaitu baca, faham dan amal.

Program ini dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) dengan kerjasama Rumah Ngaji Wilayah Persekutuan, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Wilayah Persekutuan (Aswaja), ACT Consulting & Education Sdn Bhd, Keluarga.

Besar Ummah Ikhlas dan Satri Muda #SavingYoungSouls, Al Ammar Resources Sdn Bhd, dan EL ElleFi-Lani International.

Ketua Pegawai Eksekutif WUI, Marhaini Yusoff berkata, Keramat Lab merupakan gerakan daripada ummah kepada ummah.

“Ini mengambil ibrah kisah Nabi Muhammad SAW yang memberi makan kepada orang miskin dengan tangan Baginda SAW sendiri. Nikmat kegembiraan rohani dicapai melalui amalan infaq.,” katanya.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja boleh merebut hadiah termasuk naskhah al-Quran dengan menyertai acara sukaneka dan#SolatExplorace yang dianjurkan oleh Rumah Ngaji @ Nurhidayah (Akademi Tahfiz Al-Hidayah) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Penggerak Rumah Ngaji @ Nurhidayah, Roslailawati Mohamad berkata #SolatExplore merupakan aktiviti yangjulung kali diadakan bagi pengisian Keramat #QuranHour 3.0.

“#SolatExplorace bertujuan untukmemberi kesedaran kepada golongan muda mengenai kepentingan solatdan seronoknya bersolat. Saya berharap mereka dapat menimba ilmu dan mengamalkan ibadah solat dengan lebih baik.

“Pihak kami turut menyertai Pasar Infaq Ummah dengan menawarkan minuman coklat dan buah-buahan untuk berkongsi rezeki dengan orang ramai,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai Keramat#QuranHour 3.0, sila bawa al-Quran terjemahan, potluck dan tikar.

 

Artikel Oleh : Sinar Harian

JOM KERAMAT #QURANHOUR 3.0