Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
JUSTIFIKASI SUNTIKAN VAKSIN KEPADA KANAK-KANAK 12 TAHUN – PPIM – SAMUDERA.MY – 18/06/2021
18 Jun 2021

Walaupun ada pelbagai persoalan asas mengenai vaksin COVID-19 tidak berjawab oleh pihak-pihak tertentu, kini suntikan vaksin pula telah dicadangkan untuk dikenakan terhadap kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas.

Bagi kanak-kanak pula kita juga sedar bahawa sejak lahir seseorang kanak-kanak itu telah didedahkan tidak kurang dari 15 jenis vaksinasi untuk pertahanan kepada pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Tidak kurang juga ada vaksin yang diwajibkan untuk beberapa jenis penyakit.

Sehingga kini, adakah terdapat sebarang dapatan saintifik yang menjurus kepada keselamatan vaksin ini jika disuntik kepada kanak-kanak bawah 12 tahun?

Oleh yang demikian, kami menggesa pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan memberikan justifikasi yang konkrit untuk menyuntik vaksin COVID-19 terhadap kumpulan ini.

Setakat ini juga, kami telah mendapat laporan terhadap beberapa kes yang memberi kesan-kesan mudarat vaksinasi COVID-19 yang dikatakan ‘isolated’ oleh pihak berkuasa.

Kami juga menggesa agar kerajaan menimbang semula cadangan untuk suntikan vaksin ini terhadap kanak-kanak sehingga sebarang kajian yang menyeluruh dikeluarkan dan sasaran imuniti kelompok dicapai di kalangan kumpulan warga dewasa negara ini.

Kami yakin pihak berkuasa sedar akan terdapat banyak pandangan dari pelbagai pihak berotoriti antarabangsa telah mengeluarkan pelbagai pendapat dan pandangan terhadap kesan buruk hasil dari vaksinasi ini.

PPIM juga sedar yang pihak kerajaan amat patuh dengan apa jua syor, prosidur dan strategi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam menangani wabak ini.

Artikel oleh: Samudera.my

JUSTIFIKASI SUNTIKAN VAKSIN KEPADA KANAK-KANAK 12 TAHUN

https://www.samudera.my/justifikasi-suntikan-vaksin-kepada-kanak-kanak-12-tahun-ppim/