Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KAJI SEMULA CADANGAN LETAK TABUNG HAJI DI BAWAH BANK NEGARA – PPIM – MALAYSIA GAZETTE – 19/07/2021
21 Jul 2021

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan mengkaji semula cadangan untuk meletakkan Lambaga Tabung Haji (TH) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut PPIM, Tabung Haji bukanlah sebuah institusi kewangan Islam biasa dan ia tidak layak untuk diletakkan di bawah pentadbiran Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

“Tabung Haji adalah over and above kewangan perkhidmatan Islam kerana tujuan utama simpanan oleh umat Islam negara ini adalah untuk tujuan menunaikan tuntutan agama itu,” kata PPIM menerusi kenyataan hari ini.

Tambah PPIM, jaminan kerajaan ke atas simpanan tidak boleh menjadi asas untuk mengawas tadbir urusnya di bawah BNM kerana terdapat akta khusus yang mengawal Tabung Haji.

“Tabung Haji bukan sahaja sebuah institusi simpanan tetapi sebuah institusi pelaburan yang bebas melabur dalam banyak bidang dan bukan seperti bank-bank biasa yang hanya cenderung kepada menjadi peminjam yang menawarkan perkhidmatan yang menekan pengguna.

“Kami dengan ini membantah sekeras-kerasnya keputusan Jemaah Menteri meletak Taung Haji ini di bawah pengurusan BNM,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

KAJI SEMULA CADANGAN LETAK TABUNG HAJI DI BAWAH BANK NEGARA – PPIM

https://malaysiagazette.com/2021/07/19/kaji-semula-cadangan-letak-tabung-haji-di-bawah-bank-negara-ppim/