Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KARTEL DAGING: PPIM DAKWA SINDIKET MASIH AKTIF, GUNA M.O PALSU PENGISYTIHARAN – ASTRO AWANI – 31/12/2020
04 Jan 2021

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa kegiatan sindiket kartel daging di Johor masih aktif walaupun dua individu sudah dihadapkan ke mahkamah pada Rabu.

Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Isu Kartel Daging PPIM, Abdul Kareem Said, mendakwa sindiket itu menggunakan modus operandi mengisytiharkan daging yang dibawa masuk sebagai barang lain.

Dakwanya, PPIM yang turut terbabit dalam pembongkaran kegiatan sindiket itu awal bulan ini, baru mendapat maklumat berkenaan daripada sumber boleh dipercayai.

“Saya nak ingatkan isu kartel ini mula terbongkar dengan satu pendedahan PPIM pada 23 November 2020. Pada 2 Disember 2020, serbuan telah dibuat pihak berkuasa.

“Modus operandi (yang masih berlaku) ialah mereka membawa keluar daging import yang tiada kesahihan status halalnya menggunakan kontena bukan sejuk beku diisytiharkan sebagai barang jenis lain, bukan produk daging.

“Maklumat kita dapat… kartel ini mengunakan pelabuhan-pelabuhan, mereka membawa masuk daging tidak halal dalam keadaan sejuk beku, kemudian dipindahkan kepada kontena lain yang bukan sejuk beku.

“Daging ini keluar bukan sebagai daging tapi barang lain… saya baru dapat maklumat perkara ini masih berlaku di Johor hari ini,” dakwanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan di ibu negara pada Khamis.

Beliau berkata, pihaknya sedia membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut dan mengambil tindakan selanjutnya.

Artikel oleh: Astro Awani

KARTEL DAGING: PPIM DAKWA SINDIKET MASIH AKTIF, GUNA M.O PALSU PENGISYTIHARAN

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kartel-daging-ppim-dakwa-sindiket-masih-aktif-guna-mo-palsu-pengisytiharan-275503