Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Kawal Hingga Keluar Sabah – Harian Metro – 2/10/17
02 Oct 2017

Metro 2.10.17

Kuala Lumpur: Polis Sabah bertindak menyelamatkan seorang ibu dan tiga anaknya yang didera bapa mereka dengan memberi kawalan ketat sehingga empat beranak itu keluar dari Kunak ke Lapangan Terbang Tawau, Sabah Semalam. Ia berikutan aduan Polis berhubung tindakan suami wanita itu cuba menculik anak mereka semula tetapi digagalkan ahli keluarga yang sedang berkumpul ketika kejadian petang kelmarin.

Lelaki itu masih dalam siasatan polis berhubung dua laporan kes dera anaknya dilaporkan pada 2015 dan terbaru pada 19 September lalu. Kisah Jumatiah Jahud, 34, Seorang tukang cuci di Ibu Negara disiarkan Harian Metro Jumaat lalu mendapat perhatian orang ramai dan bantuan segera daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum wanita itu pulang ke Sabah bagi menyelamatkan anaknya.
Bagaimanapun wanita malang itu perlu berlepas segera ke Kuala Lumpur bagi menghadiri perbicaraan tuntutan fasakh yang difail di Mahkamah Syariah jalan Duta. “Sudah dua minggu saya tidak bekerja (tukang cuci di Kuala Lumpur) jadi saya tidak mampu menanggung kos penerbangan bagi menyelamatkan anak serta menguruskan tuntutan fasakh saya.

“Sehubungan itu saya berasa amat bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada penderma yang bermurah hati termasuk Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar, PPIM, Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi, sekumpulan tukang cuci dan penderma yang enggan dikenali.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang mengambil tindakan besar melindungi dan menyelamatkan nasib masa depan anak-anak yang tidak bersalah ketika semua pihak lain memandang rendah kes ancaman ugut dera dan perhambaan ini,” katanya. Sepasukan Polis turut memberi perlindungan dan mengiringi mereka sehingga berlepas menaiki kapal terbang kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Mohamad Fuzi mengucapkan terima kasih kepada Harian Metro yang menarik perhatian beliau terhadap jenayah ini. “Kita tidak boleh membiarkan budaya perhambaan wanita dan kanak-kanak di negara ini. “Saya Sudah dimaklunkan bahawa kes ini sudah pun diketengahkan lama dahulu tetapi masih berlaku lagi,” katanya.

 

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/10/268634/kawal-hingga-keluar-sabah