Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sehubungan itu, pihaknya amat mengalu-alukan langkah berkenaan bagi me­ngurangkan beban rakyat.
“Jika minyak naik pun, kos ini perlu ditanggung oleh pihak bertanggungjawab atau badan yang memberi per­khidmatan berkenaan,” kata­nya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Kerajaan bersetuju menge­kalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWJ di Semenanjung dan 1.20 sen/kWJ di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember, tahun ini.

 Mengulas lanjut, Nadzim memberitahu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu terus­ mengekalkan tarif sekarang di samping mening­katkan keberkesanan perkhidmatan mereka supaya tidak berlaku sebarang gangguan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj turut mengalu-alukan tindakan kerajaan yang prihatin dengan keadaan ekonomi rakyat.

Ujarnya, langkah yang diambil itu dapat membantu rakyat berdepan dengan kos sara hidup tinggi yang berlaku pada masa ini.