Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KELUAR GARIS PANDUAN BAWA HAIWAN PELIHARAAN – HARIAN METRO – 31/1/2017
31 Jan 2017

harian metro 31.1.2017

Kuala Lumpur : Keluarkan garis panduan dan tampalkan di lokasi tumpuan. Gesaan itu diberikan Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM), kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian haiwan peliharaan seperti anjing dibawa ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

Ketua Sekretariat AMIM Yusuf Azmi berkata, kejadian anjing berada di dalam troli, di atas mesin pengeluaran wang (ATM) seperti  yang tular di media sosial minggu ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya semua pihak memahami sensitiviti antara satu sama lain.

” Pertamanya, AMIM mengata perkara ini disiasat terlebih dahulu dan bagaimana ia boleh berlaku kerana memang tidak patut. Kita terima banyak keluhan daripada orang ramai yang tidak selesa isu ini.

” Sebelum berlaku perkara tidak elok,lebih baik pihak berwajib mengeluarkan pekeliling mengenai perkara itu kerana ia sudah pun mencetuskan rasa tidak senang termasuklah isu perkauman,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau mengulas gambar seorang lelaki mmbawa anjing peliharaannya ketika mengeluarkan wang di sebuah mesin atm yang dipercayai beberapa hari yang lalu,yang mengundnag pelbagai reaksi khususnya netizen.