Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KEMBARA MERDEKA 2020 JAWI BERAKHIR DI MALAKAT MALL – TVPPIM – 06/09/2020
08 Sep 2020

CYBERJAYA – Seramai 60 orang peserta dalam kalangan jemaah dan anak kariah masjid sertai program kembara merdeka sempena hari kemerdekaan ke-63 pada 5 september 2020 siang tadi.

Program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI disempurnakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee kira kira jam 7.45 pagi di Masjid Al-imam Al-ghazali, Menjalara Kepong.

Dan kesemua peserta terlibat itu tiba di check point terakhir dekat Malakat Mall Cyberjaya siang tadi.

Menurut Pengarah Jawi Ustaz Mohamad Ajib Ismail program Kembara Merdeka ini diadakan bertujuan menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan di samping aktiviti masjid turun padang bagi menzahirkan keprihatinan kepada masyarakat dari pelbagai latar belakang melalui sumbangan yang dihulurkan kepada golongan yang memerlukan.

Antara masjid yang terlibat adalah Masjid Al-imam Al-ghazali, Menjalara Kepong, Masjid Salahuddin Al-ayyubi, Taman Melati, Masjid Ar-rahimah, Kg Pandan, Masjid Al-muqarrabin, Bandar Tasek Selatan, Dan Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya.

Malakat Mall menjadi lokasi terakhir sebagai pelengkap kepada program berkenaan dan juga dapat mendedahkan peserta kepada ilmu agama melibatkan perniagaan dalam islam.

Konvoi motosikal itu melalui 4 check point.

sebelum itu, program ihya’ subuh dengan pengisian solat subuh berjemaah dan forum merdeka telah di laksanakan di masjid berkenaan.

Antara pengisian program di setiap check point masjid termasuklah solat dhuha, forum merdeka, tazkirah ringkas dan acara penyampaian sumbangan barangan keperluan asas kepada 120 orang asnaf di kariah masjid yang terlibat.

Majlis penutupan telah disempurnakan Setiausaha Politik Kepada Yb Menteri Di Jpm (Hal Ehwal Agama), Dato’ Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Mewakili Yb Menteri Di Jpm (Hea) Di Final Point, Malakat Mall, Cyberjaya.

Artikel oleh: TVPPIM

KEMBARA MERDEKA 2020 JAWI BERAKHIR DI MALAKAT MALL

https://www.youtube.com/watch?v=Pqe8bPRY-M0