Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KENAPA PERLU SOKONG KOPPIM? – MELAYUBANGKITNEWS – 04/02/2020
05 Feb 2020

CYBERJAYA – Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) yang diasaskan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bermatlamat untuk menyatukan kuasa pengguna Islam Malaysia dalam membina teras kekuatan ekonomi.

Dilaporkan sehingga kini KoPPIM telah menerima lebih 8,000 permohonan keahlian.

Umat Islam diseru agar memberi sokongan yang padu dengan memiliki syer dalam koperasi itu agar matlamat pembangunan ekonomi Muslim di negara ini dapat direaslisasikan.

Mengapa projek ini perlu disokong? Adakah umat Islam  perlu yakin.. ini penerangannya..

Projek ini dimiliki oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Brainy Bunch Group, Fadzil Hashim yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil.

Berpengalaman 19 tahun dalam dunia perniagaan, beliau pernah bertugas sebagai Sales Director di Dell Malaysia dan kini beliau adalah CEO kepada 24 Anak syarikat yang ketika ini bernilai RM200 juta

Coach Fadzil pernah menceburi bidang perniagaan IT, My Nasi Lemak dan perniagaan tadika Cahayaku Gemilang sehingga lahirnya tadika Brainy Bunch yang kini telah memasuki tahun ke 11.

Brainy Bunch kini memiliki 103 cawangan kampus di seluruh Malaysia, empat cawangan di Singapura, dua cawangan di Indonesia dan satu sekolah tajaan di Gaza.

Selain itu beliau juga merupakan pengasas Brainy Bunch International School di Cyberjaya & Johor Bahru.

Di antara perjuangan Coach Fadzil adalah melalui seminar bersiri AyuhBangkit, di mana beliau memberi bimbingan coaching secara percuma sejak 2018 dengan sasaran untuk membantu 1 juta usahawan.

Hasil analisa masalah usahawan, beliau mendapati sektor peruncitan Bumiputera Muslim masih tidak berkembang kerana kita tiada akses kepada pasaran.

Menurut beliaunya, disebabkan tiada lagi pusat membeli-belah milik Muslim yang berjaya, satu perancangan ke arah itu telah dirangka.

Isu sebenar yang melibatkan peniaga Bumiputera bukanlah persaingan dengan usahawan kaum lain, sebaliknya ia adalah mengenai perkembangan usahawan Bumiputera itu sendiri.

Sebab itu selepas *62 tahun merdeka, komuniti Bumiputera masih ketinggalan dalam sektor ekonomi*.

Kita tidak ada dalam sektor peruncitan sedangkan siapa kawal sektor peruncitan, dia akan kuasai ekonomi.

Solusi Persendirian

Melalui Siri Ayuh Bangkit 3.0 anjuran Brainy Bunch Group, tercetus idea penubuhan Malakat Mall untuk majukan sektor runcit, sebuah pusat beli-belah yang akan memasarkan produk Muslim dibuka berhampiran Raudhah City di Cyberjaya.

Beliau juga telah mulakan projek “One-Stop Grocery Centre” untuk membantu Muslim mendapatkan barangan #BMF di seluruh negeri melalui Raudhah Grocer yang dahulunya dikenali sebagai Raudhah Mart.

Walau dengan pelbagai usaha pembangunan ekonomi dijalankan, namun ia masih sukar diuar-uarkan kepada masyarakat kerana tidak ada satu platform khusus untuk berkongsi inisiatif* ini bersama umum.

Perjuangan Bersama Pada Skala Global

Semuanya berubah apabila beliau dipertemukan dengan Presiden PPIM Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau Toqqi.

Justeru, Toqqi menyambut baik perjuangan ini dan menawarkan gabungan usaha melalui platform KoPPIM.

Dari gabungan ini, tercetuslah kempen sasaran dana dari 1 Juta ahli KoPPIM dengan caruman RM100 sebulan bagi ahli KoPPIM.

Dana ini digunakan buat membina ekosistem baru kewangan Islam di mana jika umat Islam berjaya bergabung tenaga dalam kempen ini, manfaatnya akan dirasa oleh semula golongan masyarakat. InsyaAllah.

Pembebasan dari sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan Riba akan digantikan dengan sistem ekonomi yang dimiliki pengguna.

Beliau menyasarkan menyediakan peluang satu juta pengguna Islam untuk mencapai pendapatan RM10,000 sebulan dalam tempoh 10 tahun dan memberi ruang dan peluang 100,000 usahawan mencapai nilai aset bersih RM10 juta melalui projek berimpak tinggi iaitu 100 Malakat Mall, 5,000 Raudhah Grocer dan 100 Raudhah City.

Kempen gerakan KoPPIM kini mendapat sokongan penuh beberapa tokoh Muslim antaranya Pengerusi PEMBELA (Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam) Aminuddin Yahaya, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan ramai lagi.

Ayuh bersama Coach Fadzil dan KoPPIM bersama membina ekosistem ekonomi Islam yang baru!

Sebarkan dan ajak kawan-kawan untuk bersama dalam perjuangan ini.~MBNews

Artikel oleh: MelayuBangkitNews

KENAPA PERLU SOKONG KOPPIM?

https://melayubangkitnews.com/kenapa-perlu-sokong-koppim/