Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KENYATAAN AKHBAR LEMBU BERSAMPIN : PROVOKASI 13 MEI? – PPIM – SAMUDERA.MY – 14/05/2021
17 May 2021

Kami memandang serius tindakan DAP, sebuah parti politik yang mendakwa sebuah parti berbilang bangsa dan mendokong semangat kebangsaan, memaparkan sebuah patung karikatur lembu yang dipakaikan dengan baju Melayu lengkap berkain sampin.

Tindakan ini adalah satu tindakan provokasi yang amat serius dan membangkitkan sentimen yang kurang menyenangkan di kalangan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Sepatutnya sebagai sebuah pertubuhan politik yang matang, pencetusan elemen-elemen berbaur penghinaan terhadap sesuatu kaum atau agama sudah boleh dielakkan lebih-lebih lagi melibatkan orang Melayu dan Islam yang merupakan pribumi dan kaum yang dominan di negara ini.

Kami menuntut agar DAP sebagai sebuah parti politik nasional yang bertanggungjawab, mengeluarkan kenyataan tunjuk sebab dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan umat Islam negara ini di atas keceluparannya memaparkan karikatur sedemikian agar ia tidak mengakibatkan huru hara berbaur perkauman, lebih-lebih apabila umat Islam ingin menyambut Eidul Fitri pada 13 Mei ini.

Sekian. Terima kasih.

Artikel oleh: Samudera.my

KENYATAAN AKHBAR LEMBU BERSAMPIN : PROVOKASI 13 MEI? – PPIM

https://www.samudera.my/kenyataan-akhbar-lembu-bersampin-provokasi-13-mei-ppim/