Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KERAJAAN DIGESA KAJI SEMULA SISTEM CTOS – SINAR HARIAN – 23/9/16
23 Sep 2016

image (10)

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa mengkaji semula sistem Credit Tip Off Services Sdn Bhd (CTOS) yang dilihat berat sebelah dan tidak adil kepada pengguna.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata ini kerana sistem itu disifatkan sebagai ‘hukuman mati’ kepada pengguna walaupun ia hanya melibatkan pinjaman daripada institusi kewangan.

“Rata-rata peminjam disenaraikan dalam CTOS telah membayar hutang mereka tetapi nama mereka masih tersenarai menyebabkan mereka mengalami masalah untuk membuat sebarang pinjaman lain,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir, Penasihat Undang-Undang PPIM Edward Lim dan Ahli Panel Penasihat Muamalat PPIM Sheikh Abdul Kareem Said.

Nadzim berkata kerajaan juga perlu menetapkan tempoh tertentu untuk peminjam ‘membersihkan’ nama bagi memberi peluang kedua kepada mereka untuk membabitkan diri dalam perkembangan ekonomi.

“Sekiranya peminjam sentiasa berada dalam senarai CTOS, lama kelamaan ia akan melumpuhkan perkembangan ekonomi negara kerana peminjam tiada peluang kedua untuk memohon apa-apa pinjaman,” katanya.

Katanya pihak berkaitan juga perlu menyediakan satu garis panduan pengurusan baharu untuk mengeluarkan senarai nama peminjam yang telah membayar hutang mereka daripada sistem berkenaan.

Beliau berkata pihaknya menerima banyak aduan mangsa yang berasa dirinya teraniaya kerana terdapat individu lain yang mengambil kesempatan menggunakan maklumat diri termasuk nombor pendaftaran kereta sehingga tersenarai dalam sistem CTOS walaupun tidak pernah berurusan dengan institusi kewangan tertentu. – Bernama

 

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/kerajaan-digesa-kaji-semula-sistem-ctos-1.565134