Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KERAJAAN PERLU TANGANI ISU DISKRIMINASI TERHADAP RAKYAT BELUM TERIMA VAKSIN – PPIM – WACANA.MY – 02/09/2021
03 Sep 2021

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mohon kerajaan mengadakan sesi rundingan peringkat kebangsaan penyelesaian diskriminasi ke atas rakyat yang belum menerima vaksin.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan menyarankan, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan sesi perbincangan melibatkan NGO, KKM, MOSTI dan agensi-agensi terlibat termasuk pakar perubatan dan pakar virus untuk membincangkan kaedah menangani isu rakyat yang didiskriminasi kerana tidak disuntik vaksin COVID-19.

“Di peringkat rakyat ada yang tidak dibenarkan masuk ke kedai, surau, rumah ibadah lain atau pusat membeli belah kerana mereka tidak menerima vaksin,” katanya.

Nadzim mempersoalkan dimanakah janji kerajaan yang sebelum ini menyatakan vaksin bukan sesuatu yang diwajibkan.

“Kini ada anggota tentera yang dilucutkan jawatan, pekerja tidak dibenarkan ke pejabat atau tempat kerja kerana menolak vaksin, adakah itu adil untuk mereka,” katanya.

Nadzim mencadangkan satu jawatankuasa khas yang membincangkan perkara tersebut bagi menyelesaikan permasalahan di peringkat rakyat.

“Rakyat yang menolak vaksin kerana tidak yakin dan yang tidak layak untuk vaksin seperti dianiaya sekarang, mereka seolah-olah tidak diberi pilihan,” katanya.

Tambah beliau, jika perkara ini berterusan tidak mustahil pasaran gelap akan mula menjual sijil vaksinasi palsu atau doktor perubatan yang menerima bayaran untuk menipu proses vaksinasi.

Julai lalu Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada ketika itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kerajaan tidak mewajibkan vaksin COVID-19 dan pengambilannya adalah secara sukarela.

Pada waktu yang sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang dan Parlimen) di waktu kerajaan lalu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan dibuat secara percuma dan sukarela ke atas individu yang tersenarai.

Beliau menjelaskan tiada kesalahan dalam peruntukan Akta 342 akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi individu yang menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Baru-baru ini tular di media sosial beberapa pemilik premis perniagaan meletakkan syarat hanya individu yang telah menerima dua dos vaksin COVID-19 dibenarkan memasuki premis mereka.

Tindakan ini tidak selaras dengan dasar kerajaan yang tidak mewajibkan vaksin terhadap individu.

Artikel oleh: Wacana.my

KERAJAAN PERLU TANGANI ISU DISKRIMINASI TERHADAP RAKYAT BELUM TERIMA VAKSIN

https://wacana.my/kerajaan-perlu-tangani-isu-diskriminasi-terhadap-rakyat-belum-terima-vaksin-ppim/