Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Kerjasama PPIM, ANGKASA Mampu Martabatkan Hak Pengguna – Perak Today – 22/7/2017
22 Jul 2017

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengambil initiatif untuk berganding bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan menandatangani satu Memorandum Persefahaman antara dua organisasi ini bagi membawa kebaikan dan kemudahan kepada pengguna di Malaysia serta menjalinkan kerjasama baik berkaitan hal ehwal undang-undang koperasi dan ahli-ahli koperasi.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad(ANGKASA), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata pendekatan itu diambil bagi membanteras kes-kes penganiayaan terhadap pengguna yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Malah katanya, PPIM dan ANGKASA turut menyatakan bahawa kerjasama yang dilaksanakan mampu memberi manfaat kepada ahli-ahli koperasi dari segi khidmat nasihat dan sebagainya.

“ANGKASA mempunyai lebih dari 8 juta ahli dan turut menggerakkan koperasi lain dibawah mereka yang dianggarkan lebih 18 ribu keseluruhannya. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada PPIM kerana sudi bekerjasama dengan mereka.

“Harapan kami di pihak ANGKASA ialah berharap pihak PPIM dapat memberi kerjasama baik dengan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Penasihat Kehormat PPIM, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Husainay Hashim turut menerangkan bahawa tujuan utama kerjasama dilaksanakan bersama pihak ANGKASA adalah untuk mewujudkan satu insuran luar biasa untuk koperasi pengguna.

“Ada koperasi yang mempunyai insuran tetapi tidak boleh melawan dengan insuran yang kami akan memperkenalkan kerana terdapat 9 faedah,” jelas beliau lagi.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa PPIM bakal mempunyai koperasinya sendiri dalam masa terdekat ini yang diberi nama Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (KOPPIM).

Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Dato’ Hishamuddin Hashim turut menyatakan bahawa ahli koperasi PPIM dan ANGKASA turut mempunyai kelebihan lain iaitu mendapat khidmat nasihat dan pandangan dari segi aspek undang-undang.

“Kita di sini akan membantu ahli-ahli bawah koperasi dengan adanya 25 orang peguam dibawah PPIM,” jelasnya.

Turut hadir bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’Nadzim Johan, bagi mengulas sidang media ini dengan harapan supaya semua pengguna di Malaysia bersama-sama melibatkan diri dan menyokong usaha dua organisasi ini.

“Insyallah kita akan mewujudkan Halal Factory Outlet di dalam masa terdekat ini, dan saya menyeru dan mengajak semua orang di luar sana termasuk ahli koperasi untuk turut serta dan menyokong usaha ini,”katanya di penghujung majlis yang berlangsung di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan, hubungi sekretariat di 0136116666 atau 0193591000.

Kerjasama PPIM, ANGKASA Mampu Martabatkan Hak Pengguna