Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KESAN VAKSIN: JANGAN SAMPAI RAKYAT AMBIL TINDAKAN SENDIRI – ZAHARAH SULAIMAN PPIM – SAMUDERA.MY –
08 Jan 2022

“Kalau kerajaan tak buat sesuatu, rakyat akan buat sesuatu,” tegas Zaharah Sulaiman, Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam mengulas isu kesan sampingan negatif vaksin.

Beliau turut menyatakan bahawa kes kematian beberapa banduan Penjara Kajang susulan pengambilan vaksin baru-baru ini bukanlah sesuatu yang asing.

“Sebenarnya, kes Kajang ini bukan kes yang asing, banyak lagi kes-kes kepada orang ramai,” ujar beliau dalam sidang media PPIM pada Selasa.

“Kes kita dengar yang ini sahaja yang rasmi, yang tak rasmi banyak lagi,” tambah beliau.

Zaharah juga menyuarakan kerisauan tentang pengendalian kes-kes sedemikian yang disifatkan sebagai ‘diletakkan di bawah tikar’.

“Banyak perkara ditutup macam itu sahaja, kita letak bawah tikar sahaja buat sementara waktu. Ini tidak boleh!” kata beliau.

Oleh yang demikian, Zaharah menggesa kerajaan supaya menubuhkan sebuah badan siasatan rasmi yang bertanggungjawab mengumpul data dan aduan pihak-pihak yang terkesan supaya rakyat dapat tahu keadaan yang sebenar.

“Selagi tak buat ini, kita tak tahu keadaan yang sebenar,” tegas beliau lagi.

Artikel oleh: Samudera.my

KESAN VAKSIN: JANGAN SAMPAI RAKYAT AMBIL TINDAKAN SENDIRI

https://www.samudera.my/kesan-vaksin-jangan-sampai-rakyat-ambil-tindakan-sendiri-zaharah-sulaiman-ppim/