Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KETUA AKTIVIS PPIM,DATO NADZIM JOHAN MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14 DI SK KOTA WARISAN,SEPANG,SELANGOR – 21/1/2017
21 Jan 2017

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

PARA GURU DAN IBUBAPA SEDANG MENYAKSIKAN TAYANGAN VIDEO PPIM

PPIM 21/1/2017 – Datuk Nadzim Johan selaku Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-14 di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang, Selangor hari ini.

Bacaan doa dari Ustaz Muniruddin b. Abdullah menjadi pembuka pada majlis ini dan disusuli oleh Ucapan Penasihat PIBG SK Kota Warisan En. Kamsani bin Sahlan dan ucapan YDP PIBG sesi 2016/2017 Dr. Hazrimah bt Ab. Rahim.

Perasmian bermula pada jam 8.45 pagi itu dan disambung pula dengan penyampaian sijil kepada AJK PIBG sesi 2016/2017. Disamping itu , sedikit cenderamata telah diberikan kepada Datuk Nadzim Johan di atas penghargaan dari pihak PIBG untuk perasmian ini.