Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KKM TAK JAWAB SOALAN SECARA RASMI PUNCA PPIM FAIL SEMAKAN KEHAKIMAN – ISMAWEB – 27/04/2021
28 Apr 2021

BANGI, 15 Ramadan 1442H, Selasa – Kebanyakan soalan diajukan rakyat berkaitan COVID-19 tidak dijawab secara rasmi, antara faktor utama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memfailkan semakan kehakiman ke atas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya tidak melihat tindakan untuk menjawab soalan secara rasmi adalah suatu masalah besar, kerana KKM mempunyai jentera atau pakar-pakar tersendiri untuk menyediakan sebarang jawapan berkaitan wabak itu.

Beliau yang juga dikenali sebagai Toqqi berkata, jawapan rasmi adalah penting bagi memperoleh keyakinan rakyat.

“Hari ini kita ada banyak masalah, kita ada ‘trust deficit’ yang amat dahsyat di lapangan.

“Jadi bila dia (KKM) buat begitu apa terjadi? Saya dimaklumkan lebih 300 ribu orang hilang pekerjaan disebabkan kenyataan itu (tidak rasmi) kerana Singapura tutup sempadan.

“Jadi, ini yang kita nak, iaitu jawab secara rasmi atau bagi ruang perbincangan,” katanya di laman Facebook PPIM hari ini.

Toqqi berkata, antara contoh soalan yang tidak dijawab secara rasmi oleh KKM adalah apabila terdapatnya kematian membabitkan pesakit COVID-19 yang mengalami kemalangan.

“Bila tanya DG (Ketua Pengarah Kesihatan), beliau kata dia (mangsa) mati (kerana) kemalangan. Tetapi dia pun ada COVID-19. Jadi dia (KKM) pun catit bawah (kematian disebabkan) COVID-19.

“Accident mati immediately. COVID-19 mungkin ambil masa dua minggu untuk mati. Itu pun kalau mati. Kalau orang mati kena kemalangan, kita kena cakap kemalangan. Kalau COVID-19 (perlu) sebut COVID-19.

“Jadi, rakyat akan cakap macam mana? Bila kita tak jawab secara rasmi, ini (perkara) bahaya,” jelasnya.

Selain itu, Toqqi berkata, terdapat satu lagi kes di mana sebuah klinik yang melakukan ujian saringan atau swab test ke atas pesakit COVID-19 memperoleh keputusan berbeza berbanding KKM.

Katanya, pesakit yang melakukan ujian saringan di klinik terbabit memperoleh keputusan negatif COVID-19, namun keputusannya menjadi positif apabila diuji oleh KKM.

“Ada satu kes lagi, di mana figure (angka) naik, sampai tiga ribu kes. Bila org tanya kenapa figure naik, dia kata ini figure tahun lepas.

“Macam mana kita boleh buat kerja macam itu? Itu tidak memberi indikasi yang betul,” katanya hairan.

Artikel oleh: Ismaweb

KKM TAK JAWAB SOALAN SECARA RASMI PUNCA PPIM FAIL SEMAKAN KEHAKIMAN

https://ismaweb.net/2021/04/27/kkm-tak-jawab-soalan-secara-rasmi-punca-ppim-fail-semakan-kehakiman/