Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KLINIK PENGGUNA MINGGU 1 SIARAN 7 FEBRUARI 2011
22 Feb 2011


LAPORAN KLINIK PENGGUNA MINGGU 1
TARIKH :  7 FEBRUARI 2011

(1) NO. SIRI : KP11-01

Aduan Pemindahan Pelajar-Pelajar Malaysia di Mesir  (Ops Piramid)

PENGADU : Encik Syed Aizuddin

Soalan 1: Adakah kerajaan lambat bertindak dalam proses pemindahan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir seperti yang ditulis dalam laman blog yang pro pembangkang.

Soalan 2: Adakah pelajar-pelajar Malaysia di Mesir menggunakan pembiayaan sendiri untuk tambang balik ke Malaysia.

RESPON :

Y.Bhg. Dato’ Haji Shahlan Bin Ismail (Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri)

Beliau mengulas, masalah besar attitude masyarakat kita adalah suka menghebohkan perkara yang tidak benar.

Isu ini bukan lah sesuatu yang ‘suka-suka’, akan tetapi ia melibatkan nyawa rakyat Malaysia. Beliau juga menerangkan bahawa kerajaan diberi mandat daripada perlembagaan, oleh kerana itu kerajaan bertanggungjawab terhadap keselamatan masyarakatnya. Beliau juga turut menerangkan bahawa kerajaan memang menguruskan penerbangan, yang mana kerajaan memperolehi dua pesawat melalui hubungan baik dengan Arab Saudi.

Dakwaan sesetengah pihak tentang isu perpindahan lambat ini adalah tidak benar. Ini kerana, pihak kita perlu mengikut prosedur dan peraturan di sana yang amat berbeza dengan sistem kita.

Beliau menyatakan bahawa tiada tindakan yang lambat terhadap proses pemindahan pelajar-pelajar tersebut tetapi ia memakan masa disebabkan masalah prosuder dan peraturan yang berbeza di Negara tersebut.

Y Bhg Dato’ Ma’amor Osman, Setiausaha Agung PPIM juga mengulas bahawa, isu ini tidak boleh dilihat hanya kepada satu pendapat atau pandangan sahaja kerana bukan mudah untuk menyelesaikan perkara seperti ini, yang mana kita perlu meminta kebenaran daripada Negara berkaitan untuk penggunaan proses keseluruhan seperti pengurusan visa dan sebagainya. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan Y Bhg Dato’ Shahlan di sana bagi pihak rakyat Malaysia atas usaha Kerajaan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia.

(2) NO. SIRI : KP11-02

Kesesakan dan Kekurangan kaunter Imigresen di KLIA

Pengadu: En. Mohd Tariq Alawiyyah

Aduan: Beliau yang merupakan warga Arab Saudi dan selalu ke Malaysia, telah beberapa kali menghadapi masalah ketika berurusan di kaunter Imigresen di KLIA kerana terpaksa menunggu dalam jangkamasa yang lama kerana kekurangan kaunter dibuka sedangkan orang sedang ramai. Walaupun beliau telah membuat aduan kepada salah seorang pegawai di sana, mereka hanya menjawab, mereka kekurangan tenaga kerja.

RESPON : EN ZULFIKAR-Ketua Imigresen KLIA

Beliau menerangkan bahawa, perkara itu terjadi mungkin kerana penerbangan sampai serentak dan di waktu puncak. Tidak wujud kekurangan pegawai kerana pegawai yang ada memadai dan ada pegawai yang bekerja di shift lain dan ada yang menghadiri kursus dan sebagainya.

Jangkamasa untuk memproses bagi seorang pelanggan adalah antara 30 hingga 45 saat. Kaunter khas untuk warga emas dan kanak-kanak juga disediakan.

Terdapat 53 kaunter di balai ketibaan yang dibahagi mengikut keperluan contohnya pekerja asing, pelawat asing dan sebagainya. Kaunter akan dibuka semaksimum mungkin contohnya untuk pelawat asing 15 kaunter. Jika terdapat barisan panjang, tambahan kaunter akan dibuka.

Berkenaan aduan En Tariq mengenai kesesakan pada 24 Disember lalu, ketika itu memang banyak pelancong. Jika mereka datang berkeluarga, seorang pegawai akan menguruskan untuk satu keluarga tersebut, mungkin itu yang menyebabkan kesesakan.

Sesetengah pegawai juga dilatih untuk kursus bahasa asing bagi kemudahan perkhidmatan.

PPIM : Pihak imigresen perlu berbuat sesuatu jika tiba waktu yang dijangka ramai pelancong demi menjaga imej Negara. Pegawai juga perlu dilatih dengan etika yang tinggi supaya dapat memberikan perkhidmatan yang mesra dengan hati ikhlas dan piagam pelanggan perlu lebih jelas agar dapat difahami oleh masyarakat pengguna @ pelanggan perkhidmatan.

(3) NO. SIRI : KP11-03
Pembinaan Apartment Regalia Mengundang Pelbagai
Masalah Kepada Penduduk Villa Putera dan Villa Puteri

Pengadu 1 : Tuan Haji Ahmad Razali-Pengerusi Perbadanan Villa Puteri

Projek pembinaan apartment Regalia oleh pemaju Mayland telah bermula sejak 2008. Antara masalah yang timbul adalah, mereka bekerja sehingga lewat malam dan lewat pagi, nyamuk, debu, kotor, bising dan sebagainya.

Perkara ini telah dibawa ke pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi masalah ini masih berterusan. Development Order juga diluluskan sedangkan pembinaan apartment ini tidak cukup jalan keluar masuk kelak hingga bakal mengundang kesesakan lalulintas.

Pengadu 2: Puan Kartina Aziz-Wakil penduduk Villa Putera

Pihak Mayland telah menggunakan kawasan sekitar untuk pembuangan sampah. Ia telah mengganggu keharmonian penduduk di sana. Berharap agar pihak Mayland lebih sistematik dalam kerja-kerja mereka kerana ini Bandar bukan kawasan pembuangan sampah.

Berharap juga pihak berwajib turun untuk meninjau kawasan yang dipenuhi dengan sampah tersebut.

RESPON :

Oleh kerana kesuntukan masa, pihak DBKL akan menjawab persoalan ini di minggu seterusnya.

Oleh kerana siaran ini turut didengar oleh pihak SPRM, PPIM berharap pihak terbabit akan mengambil tempoh tersebut untuk menjelaskan persoalan-persoalan tersebut atau mengambil tindakan segera.