Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KOPPIM KUMPUL RM20 JUTA DALAM MASA KURANG SETAHUN – MALAKAT TRIBUNE – 01/02/2021
02 Feb 2021

CYBERJAYA – Kejayaan membangunkan ekosistem perniagaan Islam yang kukuh dapat melepaskan ummah daripada pergantungan kepada bantuan subsidi dari kerajaan.

Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) berkata, sudah tiba masanya umat Islam di nagara ini berdiri dia atas kaki sendiri dalam perniagaan dan tidak lagi ternanti-nanti dana atau geran daripada kerajaan.

“Kita sudah tiada masa menanti dasar-dasar, undang-undang mahupun subsidi-subsidi untuk ditabur kepada kita lagi.

“Meskipun betapa banyak pengumuman demi pengumuman dilafaz, dilaung atai digemakan di dewan-dewan, di seminar-seminar mahupun di konvensyen-konvensyen, anggaplah semua itu untuk halwa telinga semata-mata,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Sebaliknya kata KoPPIM, peluang yang ada sekarang perlu digunakan untuk sama-saama membangun dan menegakkan ekosistem ekonomi Islam di negara ini.

Bagi menjayakan impian itu, KoPPIM yang dilancarkan setahun lalu telah mempunyai dana terkumpul melebihi RM20 juta hasil pelaburan umat Islam.

“Jumlah ini kian bertambah hari demi hari kerana setiap hari semakin ramai di antara kita yang menjadi ahli KoPPIM,” katanya.

Sehubungan itu, KoPPIM menyeru lebih ramai umat Islam di Malaysia menyertai gerakan memperkasakan ekonomi Islam itu melalui pelaburan.

“Marilah kita berbelanja dengan mengutamakan pembelian barangan usahawan Muslim. Bersatu sebagai ahli di bawah payung KoPPIM.

“Beli syer di KoPPIM minima RM100 setiap bulan. Bertindak sekarang! Demi kebangkitan ekosistem ekonomi Muslim,” menurut kenyataan itu lagi.

Orang ramai yang ingin dalam perjuangan ekonomi yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu boleh mendaftar secara dalam talian di www.koppim.com.my.

“Apa tunggu lagi? Ayuh kita bersama dalam perjuangan ini. SPEND, UNITE, FUND,” katanya.

Artikel oleh: Malakat Tribune

KOPPIM KUMPUL RM20 JUTA DALAM MASA KURANG SETAHUN

https://www.malakattribunenews.com/2021/02/koppim-kumpul-rm20-juta-dalam-masa-kurang-setahun/?fbclid=IwAR2vwrGr-cxyDzEYcETNF13WAiozFAiv-5yLHuXnwhTnaIKbP2yu82OsQvk