Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
LANTIK PENGEDAR PUKAL ELAK KENAIKAN HARGA – UTUSAN MALAYSIA – 31/12/17
02 Jan 2018

Utusan Malaysia ( lantik pengedar pukal elak kenaikan harga ) 31.12.17

 

KUALA LUMPUR 30 Dis. — Kerajaan disarankan melantik pengedar pukal barangan sekolah bagi membendung kenaikan harga barangan terbabit ekoran peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga atas alasan kelembapan ekonomi, harga minyak dan pelbagai alasan lain.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, kenaikan harga barangan sekolah setiap tahun berlaku terutama apabila mendekati permulaan penggal persekolahan baharu apabila peniaga mengambil kesempatan atas peningkatan permintaan.

“Jadi, penyelesaian jangka pendek untuk masalah ini adalah kerajaan melantik pengedar pukal barangan sekolah yang menjual dengan harga murah sebagai alternatif kepada apa yang ditawarkan peniaga di pasaran.

“Tidak munasabah sebuah beg Sekolah dijual dengan harga melebihi RM50 walhal kos sebenarnya tidak mencecah jumlah tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan peniaga  menaikkan harga keperluan keperluan persekolahan secara mendadak bagi mengaut keuntungan segera.

Nadzim berkata, pada masa sama, pendidikan kepenggunaan juga diterapkan dalam kalangan rakyat bagi mengubah situasi yang berlaku ketika ini saban tahun.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia