Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
LARANGAN KEMPEN DI MASJID TAK JEJAS BMF: PPIM – SINAR HARIAN – 21/10/2019
22 Oct 2019

SHAH ALAM – Tindakan kerajaan Perak yang melarang penganjuran kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu (BMF) di kawasan masjid di negeri itu tidak menjejaskan kempen berkenaan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyifatkan larangan itu bukan sahaja tidak menjejaskan kempen, sebaliknya membantu mempromosikan lagi BMF.

“Nombor satu saya ucapkan terima kasih sebab arahan (larangan) itu akan menyebabkan orang ramai akan memberi lebih banyak respon kepada BMF sebab kita tahu, ini adalah kempen rakyat.

“Jadi, kita tidak risau sebab kempen ini tidak melibatkan kerajaan. Dulu DAP marah, menteri marah, kita tak kisah. Ini cerita pasal rakyat. Kalau dia buat macam itu rakyat lagi marah,” katanya dihubungi semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: 

Perak larang kempen BMF di kawasan masjid

Beliau mengulas tindakan kerajaan Perak yang melarang sebarang penganjuran kempen BMF di dalam kawasan masjid selepas perkara itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) kelmarin.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, perkembangan yang berlaku di negeri itu tidak akan menjejaskan kempen BMF kecuali pihak terbabit melarang rakyat untuk membeli produk keluaran Muslim.

Beliau turut menyifatkan pihak berkenaan mempunyai agendanya sendiri, namun PPIM akan meneruskan kempen BMF sebagai satu agenda badan bukan kerajaan (NGO) itu untuk membantu rakyat.

“Sepatutnya semua pihak sesama Muslim bersepakat dan jangan buat rakyat hilang keyakinan kerana ia juga akan merugikan pihak terbabit.

“Dia boleh buat lebih lagi pun tak apa. Tiada masalah kecuali dia kata sesiapa yang beli produk Muslim ini tak dapat gaji,” sindirnya.

Artikel oleh: Sinar Harian

LARANGAN KEMPEN DI MASJID TAK JEJAS BMF: PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/53151/BERITA/Nasional/Larangan-kempen-di-masjid-tak-jejas-BMF-PPIM