Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
LEBIH 500 SERTAI HIMPUNAN AMAN KEDAULATAN ISLAM DI MASJID NEGARA – ISMAWEB – 2/3/19
02 Mar 2019

ismaweb 2.3.19-01

KUALA LUMPUR, 24 Jamadilakhir 1440H, Jumaat – Lebih 500 umat Islam menyertai himpunan aman ancaman kepada kedaulatan Islam anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) selepas solat Jumaat, di hadapan Masjid Negara, di sini hari ini.

Himpunan aman ini diadakan berikutan penghinaan terhadap Nabi Muhammad ‎ﷺ secara terbuka sehingga mengundang kemarahan umat Islam; keadilan kepada kematian pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim; serta bagi menunjukkan bantahan kepada pemansuhan hukuman mati.

Ketika perhimpunan berkenaan, kelihatan beberapa sepanduk yang bertulis ‘Segerakan kes Adib’, ‘Nabi Muhammad ‎ﷺ junjungan kami’; ‘To insult is not freedom’; dan ‘No U-turn’.

Penganjur bersama himpunan aman itu terdiri daripada Ikatan Muslimin Malaysia (Isma); Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis); Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina); Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM); Pertubuhan Muafakat Malaysia (Muafakat); Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS); dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

 

Artikel oleh : Ismaweb

LEBIH 500 SERTAI HIMPUNAN AMAN KEDAULATAN ISLAM DI MASJID NEGARA

https://www.ismaweb.net/2019/03/01/lebih-500-sertai-himpunan-aman-kedaulatan-1islam-di-masjid-negara/