Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
LESEN PEGUAM BOLEH DIGANTUNG – MINGGUAN MALAYSIA – 01/11/2020
02 Nov 2020

KUALA LUMPUR: Tiada laporan penglibatan firma guaman bersekongkol dengan sindiket ah long bagi merampas aset bpeminjam diterima Majlis Peguam Malaysia setakat ini.

Bagaimanapun, presidennya, Salim Bashir berkata, pihaknya akan meneliti sekiranya terdapat peguam yang melakukan kerja salah tersebut..

“Setakat ini, kami tidak dimaklumkan mengenai penglibatan peguam-peguam dalam mencari mangsa sindiket ah long.

“Tetapi jika ada yang terlibat, kami memberi amaran bahawa denda boleh dikenakan mengikut Lembaga Tatertib Peguam-Peguam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan wujud skandalantara sindiket ah long dengan firma guaman tertentu bagi memudahkan proses merampas aset peminjam selepas menandatangani borang perjanjian kosong.

Menurut Salim, pihak lembaga yang terdiri daripada 15 orang termasuk presiden akan meneliti perkara tersebut kerana ia terletak di bawah pelanggaran etika seorang peguam.

“Kita akan kaji dari segi penalti, sama ada peguam tersebut akan digantung, didenda mahupun diberi amaran,”ujarnya.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan, tindakan melulu peminjam ah long menandatangani borang perjanjian kosong memakan diri apabila aset berharga seperti rumah dan tanah tergadai walaupun nilainya lebih tinggi daripada pinjaman.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner S Sasikala Devi berkata, polis sedia mengambil tindakan sekiranya ada bukti atau keterangan yang mendakwa firma guman bersubahat.

“Semua pihak termasuk PPIM yang mempunyai maklumat mengenai penglibatan firma guaman dengan ah long diminta tampil memberi maklumat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysi di sini semalam.

Artikel oleh: Mingguan Malaysia

LESEN PEGUAM BOLEH DIGANTUNG