Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MAHKAMAH BENARKAN SEMAKAN KEHAKIMAN KES BEKAS SARJAN ENGGAN VAKSIN – MALAYSIA KINI – 28/10/2021
29 Oct 2021

Seorang bekas sarjan hari ini mendapat kebenaran mahkamah untuk meneruskan cabaran undang-undang terhadap pemecatannya kerana menolak vaksinasi Covid-19.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini memberi kebenaran kepada Wan Ramli Wan Seman untuk meneruskan semakan kehakimannya terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan empat yang lain.

Peguam kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly mengesahkan bahawa hakim Ahmad Kamal Md Shahid pagi ini memberi kebenaran berikutan tiada bantahan yang dibangkitkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ahmad Hanir dari AGC, yang mewakili kerajaan, salah seorang daripada lima responden dalam perkara itu.

“Kebenaran diberikan kerana AGC tidak ada bantahan,” kata Ahmad Hanir, sambil menambah bahawa mahkamah telah menetapkan 11 Nov untuk pengurusan kes semakan kehakiman.

Dengan kebenaran yang diberikan hari ini, mahkamah kemudiannya akan menetapkan tarikh untuk mendengar hujahan daripada pihak mengenai merit semakan kehakiman yang sepatutnya.

Pada 27 Sept, Wan Ramly , yang pernah berkhidmat dengan batalion ke-24 Rejimen Askar Diraja di Kem Rasah, Negeri Sembilan, memfailkan semakan kehakiman.

Wan Ramli menamakan Leftenan-Kolonel Sharull Hesham Md Yasin; Leftenan Mohamad Azammunir Mohd Ashri; Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM), Jeneral Zamrose Mohd Zain, TDM dan kerajaan sebagai responden.

Wan Ramli menamakan Leftenan-Kolonel Sharull Hesham Md Yasin; Leftenan Mohamad Azammunir Mohd Ashri; Panglima TDM, Jeneral Zamrose Mohd Zain, TDM dan kerajaan sebagai responden.

Sharull adalah pegawai memerintah Kem Rasah sementara Azammunir didakwa merupakan pegawai yang menandatangani surat pemberhentian itu.

Kedua-dua mereka dianggap berada di bawah pengawasan, kawalan, arahan dan undang-undang serta pentadbiran dasar dari tiga responden yang lain.

Wan Ramli, 39, memohon pengisytiharan bahawa surat pelepasan bertarikh 4 Ogos tahun ini, serta pelepasan awalnya dari perkhidmatan, adalah terbatal, tidak sah dan tidak berkuat kuasa.

Dia juga ingin mendapatkan arahan tentang sifat writ certiorari untuk membatalkan surat pelepasan, kos, dan apa-apa relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Menurut kertas kausa, Wan Ramli mendakwa pada 3 Julai, dia menerima arahan daripada kerani syarikat (tentera) di klinik Kem Rasah untuk mengambil vaksin Covid-19. Bagaimanapun, dia menggunakan hak perlembagaannya untuk tidak diberi vaksin.

Dia ketika itu mendakwa bahawa dia kemudiannya disoal siasat pada 5, 6 dan 9 Julai, di mana dia didakwa “ditekan dan dimarahi oleh beberapa pegawai kerana enggan diberi vaksin”.

Wan Ramli mendakwa pada 10 Julai lalu, dia dibicarakan oleh Sharull dan didakwa mengikut empat peruntukan Akta Angkatan Tentera 1972 iaitu kerana mengingkari arahan untuk disuntik; menggunakan bahasa ugutan atau tidak subordinat kepada pegawai atasan; ingkar kepada perintah tetap; dan tingkah laku yang menjejaskan ketenteraman dan disiplin yang baik.

Dia mendakwa Sharull menafikan permintaannya untuk dibicarakan di mahkamah tentera, dan didakwa merampas mata pencariannya yang dilindungi di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

Wan Ramli berpendapat bahawa dia hanya mengatakan “Saya masih tidak setuju untuk diberi vaksin”, yang menurutnya tidak mengancam atau merupakan bahasa yang tidak wajar.

Dia juga berkata bahawa dia memiliki hak untuk menolak vaksinasi.

Bekas sarjan itu mendakwa bahawa pada 3 Ogos, dia diberitahu bahawa pemberhentiannya berkuat kuasa mulai 26 Ogos tahun ini, yang jauh lebih awal daripada pemberhentian sepatutnya, pada 20 Januari 2023.

Dia berhujah bahawa pelepasan itu tidak sah kerana, antara sebab lain, tindakan responden adalah tidak seimbang dalam semua keadaan kes, bersifat diskriminasi yang menyalahi undang-undang, menindas, tidak rasional dan/atau tidak munasabah, dan mengambil kira pertimbangan yang tidak relevan.

Wan Ramli juga mendakwa bahawa dia kehilangan hak pencen, dan seterusnya berhujah bahawa kehilangan mata pencariannya sama dengan kehilangan hak perlembagaan untuk memiliki harta.

Artikel oleh: Malaysia Kini

MAHKAMAH BENARKAN SEMAKAN KEHAKIMAN KES BEKAS SARJAN ENGGAN VAKSIN

https://www.malaysiakini.com/news/597034