Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MALAKAT MALL GUNA TEKNOLOGI VIRUS BUSTER NANO SPRAY – HARIAN METRO – 31/03/2020
01 Apr 2020

Cyberjaya: Malakat Mall menjadi pusat beli-belah pertama menyediakan perkhidmatan Virus Buster Nano Spray di pintu masuk utama bagi menangani penyebaran wabak Covid-19.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, teknologi itu adalah inisiatif bagi menangani wabak Covid-19 hasil kerjasama dan inovasi Zull Design.

Menurutnya, perkhidmatan mesin berteknologi tinggi itu menggunakan cecair Virus Buster Nano dari Russia dan sangat menjimatkan serta tidak membahayakan pengguna.

Katanya, usaha ini bagi memastikan pelanggan yang masuk ke premis ini dilindungi daripada jangkitan wabak Covid-19.

“Kajian menghasilkan mesin ini dimulakan sejak bermula wabak Covid-19 dan berjaya disiapkan dalam masa enam hari,” katanya yang melawat pusat beli-belah itu, semalam.

Turut hadir, Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim.

Peralatan ini sangat mudah kerana boleh dipindahkan ke lokasi lain dan pada masa sama sistem ini juga dipraktikkan di China.

Pelanggan hanya perlu melalui peralatan itu dan cecair Virus Buster Nano secara automatik menyemburkan cecair itu ke seluruh badan.

Malakat Mall yang julung kali dibuka dan mula beroperasi pada 13 Mac lalu adalah sebuah pasar raya yang menyokong produk keluaran Bumiputera.

Nadzim turut mencadangkan mesin itu diguna secara meluas di pintu masuk negara, pasar raya, masjid, sekolah dan pejabat bagi mengekang wabak Covid-19 dari tersebar.

Artikel oleh: Harian Metro 

MALAKAT MALL GUNA TEKNOLOGI VIRUS BUSTER NANO SPRAY