Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MALAKAT MALL-PUSAT BELI BELAH MUSLIM PERTAMA MALAYSIA – PKPKM – 17/7/2020
17 Jul 2020

Semalam Barisan Ahli Majlis Tertinggi PKPKM telah berpeluang mengadakan lawatan rasmi ke Malakat Mall yang beroperasi di Cyberjaya. Lawatan yang diketuai oleh YBrs Dr Isham Nayan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi PPIM, YB Dato’ Nadzim Johan kepada barisan Ahli Majlis Tertinggi PKPKM.

Delegasi kemudian telah dibawa melawat kedai-kedai di sekitar Malakat Mall serta diberikan taklimat oleh Tuan Istighfar daripada Pengurusan Malakat Mall. Menariknya tentang Malakat Mall, ia merupakan Pusat Beli Belah Pertama di Malaysia yang menyasarkan produk-produk Bumiputera yang mempunyai kualiti setanding kualiti luar negara.

Admin nak ajak semua follower supaya sama-sama sokong perniagaan di Malakat Mall. Barulah #BMF ye dok?

PKPKM mengucapkan terima kasih kepada PPIM dan Malakat Mall di atas kesempatan yang diberikan, dan berharap satu usahasama dapat diadakan di antara semua pihak pada masa hadapan.

Artikel oleh: Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia

MALAKAT MALL-PUSAT BELI BELAH MUSLIM PERTAMA MALAYSIA

https://www.facebook.com/pkpkm.org.my/posts/3463590070338179