Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MALAKAT MALL SASAR 100 PASAR RAYA – SINAR HARIAN – 25/07/2020
27 Jul 2020

MELAKA – Malakat Mall akan memperluaskan jenama itu dengan menyasarkan 100 pasar raya mesra Muslim dalam tempoh 10 tahun bagi menyediakan peluang perniagaan kepada lebih 100,000 usahawan di bawah satu bumbung.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fadzil Hashim berkata, sasaran itu juga dapat memberi peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada satu juta rakyat beragama Islam di negara ini.

Menurutnya, angka itu tidak mustahil dicapai sekiranya umat Islam di negara ini bersatu dan menyokong perjuangan dengan melabur secara konsisten dalam Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

“Melalui fasa pertama kebangkitan ekonomi Islam membolehkan kita mengambil alih 30 peratus syer pasaran dalam sektor runcit bernilai RM30 bilion malah nilai berganda pula mencecah RM110 bilion,” katanya ketika Program Ayuh Bangkit Masjid Tanah di Malakat Mall, Masjid Tanah di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Bangunan Malakat Mall Masjid Tanah yang dijangka mula beroperasi sepenuhnya November depan.
Bangunan Malakat Mall Masjid Tanah yang dijangka mula beroperasi sepenuhnya November depan.

Hadir sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Othman.

Jelasnya, lokasi itu dijangka mula beroperasi sepenuhnya hujung November depan dengan menyediakan 50 ruang jualan berkeluasan 3,716 meter persegi.

“Ia sama seperti Cyberjaya yang merupakan konsep pemilikan bersama komuniti iaitu usahawan, koperasi dan komuniti sendiri.

“Jadi kita mengajak khususnya pengguna Islam untuk menjadi ahli koperasi (KoPPIM),” katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

MALAKAT MALL SASAR 100 PASAR RAYA

https://www.sinarharian.com.my/article/93922/BISNES/Malakat-Mall-sasar-100-pasar-raya