Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MANA SENARAI PRODUK? MANA SENARAI PENIAGA ISLAM? – TV. PPIM – 13/09/2019
14 Sep 2019

Jom Hijrah! Kita Sokong Produk Muslim, Demi Fardhu Kifayah, Kerana Allah.

Assalamualaikum semua.

Seperti semua sedia maklum, PPIM dan UMMAH telah melancarkan kempen Sokong Produk Muslim pada 2 April 2019. Alhamdulillah atas penglibatan ramai kini kesan dan penerimaan pengguna Islam amat luar biasa.

Untuk makluman, kami di PPIM pernah wujudkan laman web direktori peniaga & produk Muslim pada tahun 2012 tetapi tidak mendapat sambutan dan sokongan walaupun direktori telah siap sepenuhnya. Lebih mengecewakan pembentangan direktori tersebut kepada beberapa agensi kerajaan hanya dilihat sebelah mata.

Akhirnya direktori terpaksa ditutup atas masalah kewangan untuk mengekalkan laman web terus berfungsi.

Alhamdulillah kami yakin ini adalah masa yang sesuai untuk menghidupkan kembali direktori peniaga & produk Muslim.

Kini PPIM sedang dalam usaha mewujudkan Direktori Peniaga Muslim yang lengkap. Sementara direktori siap, kami sedang mengumpul maklumat (database) peniaga Muslim di seluruh Malaysia di https://hijrah.com.my/.

Para peniaga Muslim boleh melengkapkan borang di bahagian pendaftaran https://hijrah.com.my/ agar maklumat syarikat anda direkodkan untuk tindakan selanjutnya.

Kepada sesiapa yang ingin membantu usaha mewujudkan semula direktori peniaga & produk Muslim bolehlah memberi sumbangan kewangan melalui https://sumbangan.ppim.org.my/ atau menyumbang ke akaun PPIM Keahlian (CIMB: 8600204006).

Maklumat berkaitan Tabung Perjuangan PPIM & Sukarelawan PPIM boleh didapati melalui:

Laman Web:

https://sumbangan.ppim.org.my/

https://www.ppim.org.my/

Whatsapp:

https://PerjuanganPPIM.wasap.my

Hotline: 013-2262 444

“Perjuangan Bersama Demi Pengguna”

Artikel oleh: TV. PPIM

MANA SENARAI PRODUK? MANA SENARAI PENIAGA ISLAM?

https://www.youtube.com/watch?v=pM6M9Qsz-t0