Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Mangsa Penipuan Dalam Talian Harus Tampil Mudahkan Proses Siasatan – Berita RTM – 14/7/2017
15 Jul 2017

Snapshot

KUALA BERANG – Mangsa penipuan urus niaga dalam talian harus tampil ke hadapan bagi memudahkan proses siasatan terhadap laman jual beli yang didapati menipu pengguna.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata kebanyakan pengguna yang menjadi mangsa malu untuk muncul dan melaporkan penipuan itu kepada pihak berkuasa.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Pengajian Tahsin Al-Quran Hulu Terengganu, di sini.

Datuk Jailani merangkap Anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata terbaharu kini dua laman yang telah disekat di bawah permintaan polis.

Kata beliau, untuk sesebuah laman jual beli dalam talian beroperasi haruslah mengikut dan tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) yang mula dikuatkuasakan KPDNKK pada 1 Julai 2013.

Menurut laporan akhbar tempatan, sehingga kini dianggarkan sebanyak 30,000 aduan diterima sejak tahun lepas oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung penipuan di portal jualan dalam talian

(BERNAMA)

http://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/17542-mangsa-penipuan-dalam-talian-harus-tampil-mudahkan-proses-siasatan