Ketua Unit Tindakannya, Yusof Azmi berkata, meskipun PPIM telah berjaya membantu kira-kira 60 pemilik mendapatkan kenderaan masing-masing, namun berdasarkan aduan masih terdapat kira-kira 1,440 buah kereta dalam simpanan syarikat berkenaan.

Kita minta sesiapa yang masih ada kaitan dengan syarikat tersebut segera datang ke pejabat kami dan kita akan bantu untuk buat laporan sekali lagi, katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membantu pemilik kereta membawa keluar kereta masing-masing dari tempat simpanan kereta syarikat berkenaan di Kajang.

Operasi yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook bermula pagi semalam, berakhir kira-kira pukul 5.30 pagi ini selepas semua 60 buah kereta berjaya dikeluarkan.


Mengulas lanjut, Yusof mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kerjasama yang diberikan sepanjang proses menarik keluar kenderaan mangsa tersebut.

“Terima kasih juga kepada pengadu yang memberikan kerjasama penuh kepada PPIM. Selepas proses berakhir pagi ini pihak PDRM telah meminta semua pengadu ditemani PPIM bergerak ke Ibu Pejabat Daerah Kajang untuk membuat aduan dan kenyatan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE