Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MELAYU ISLAM SENDIRI PENENTU KEJAYAAN BMF – MALAKAT TRIBUNE – 03/12/2020
03 Dec 2020

CYBERJAYA – Kempen pengguna mengutamakan produk keluaran muslim (BMF) tidak pernah ‘mati’ dan akan terus kuat jika mendapat sokongan jitu Melayu Islam sendiri.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kempen BMF membawa ideologi berlainan berbanding kempen-kempen lain.

Beliau berkata, kempen BMF sebenarnya membawa pelanggan terutamanya Melayu Islam itu mencari produk dan bukannya sesuatu produk mencari pelanggan.

“Ini bermakna, kita menjadi penentu kejayaan kempen ini. Kita mempunyai kuasa untuk memilih produk atau barangan yang kita inginkan,” katanya

Beliau berkata demikian dalam Bicara BMF: Ke Mana BMF Ketika Covid-19 yang dikendali oleh Pengerusi Amal Sejagat, Izzat Johari selaku moderator.

Menurut Nadzim atau lebih dikenali sebagai Toqqii, pengalamannya sebelum ini cukup membuktikan bahawa orang Melayu itu sendiri menjadi penentu.

“Saya sudah melalui pelbagai pengalaman, BMF bukan sahaja merangkumi produk barangan semata-mata. Ia termasuk dalam soal lain-lain juga,” katanya.

Mengimbau  semasa beliau berumur 22 tahun, Toqqi berkata beliau mempunyai seorang kawan berbangsa lain yang begitu benci dan tidak suka kepada Islam.

“Beliau seorang kontraktor, tetapi mendapat projek pembekalan Tabung Haji bernilai RM4 juta, ketika itu RM4 jutra begitu besar. Jadi saya terfikir kenapa beliau boleh dapat.

“Bayangkan itu di Tabung Haji, masalah ini berlatutan sehingga sekarang. Ada juga Menteri yang ikut buku, sehingga tidak boleh tolong Melayu Islam,” katanya.

Artikel oleh: Malakat Tribune

MELAYU ISLAM SENDIRI PENENTU KEJAYAAN BMF

https://www.malakattribunenews.com/2020/12/melayu-islam-sendiri-penentu-kejayaan-bmf/